My Status Now

offline
pliz komen ;D





Sunday, May 2, 2010

Endless Love 25


KETIBAAN Presiden Park di lapangan terbang disambut. Pak Cik Nam Gil turut datang bersama-sama wanita itu. Ji Hoon terus membawa ibunya dan Pak Cik Nam Gil ke rumahnya. Eun Hee tidak mengikut dia. Gadis itu sedang menyediakan bilik untuk mereka berdua di banglo mereka berdua.


         “ Mak akan tolong kamu. Ahli lembaga pengarah yang lain pula sedia menolong jika ada berlaku apa-apa,” kata Presiden Park. Dia mengambil tempat duduk belakang manakala Pak Cik Nam Gil duduk di sebelah Ji Hoon yang sedang memandu.

         Ji Hoon hanya menguman. Dia tiada hati untuk bercakap. Perhatiannya hanya pada jalan raya. Presiden Park mengeluh. Walau dia cuba menunjukkan ketenangan dirinya, namun semuanya sia-sia. Hal ini melibatkan satu-satunya anak kandung dia dan juga waris tunggal syarikat. Ibu mana yang tidak risau jika anak kandung mereka ditimpa masalah.

         “ Saya tak apa-apa. Saya yakin saya akan terlepas daripada tuduhan tu. Ini semua bukan kerja saya. Saya yakin, dia atau mereka yang melakukan perkara ni akan mendapat balasan atas apa yang mereka telah lakukan,” kata Ji Hoon tanpa perasaan. Presiden Park mengangguk.

         Pak Cik Nam Gil tidak berkata apa-apa. Dia lebih senang mendiamkan diri. Biarlah kedua-dua beranak itu berbicara tanpa sebarang gangguan.

         Ji Hoon mula diam. Dia membelok ke selekoh. Kereta mula memasuki kawasan perumahan Ji Hoon. Kawasan pantai mula kelihatan. Lengang sahaja tanpa seorang pun manusia. Kereta memasuki garaj. Eun Hee sudah menunggu di luar rumah.

         “ Apa khabar, Eun Hee?” tegur Presiden Park ramah. Eun Hee tersenyum. Dia bertambah gembira apabila wanita itu memeluknya mesra.

         “ Eun Hee, tolong bawa beg mak ke bilik tetamu,” pinta Ji Hoon. Eun Hee mengangguk. Sebuah beg dihulur kepadanya. Tanpa menunggu lagi Eun Hee masuk ke dalam rumah dan menuju ke tingkat atas.

         “ Marilah masuk, mak, pak cik. Kita rehat di ruang tamu dulu,” ajak Ji Hoon. Presiden Park dan Pak Cik Nam Gil hanya mengangguk tanpa suara. Mereka mengekori Ji Hoon masuk ke dalam banglo putih itu.

         Mereka bertiga duduk di ruang tamu. Penghawa dingin dipasang. Presiden Park duduk bertentangan dengan anaknya manakala Pak Cik Nam Gil duduk di sofa yang lain. Sejurus kemudian Eun Hee muncul dengan membawa sedulang jus oren dan tart telur. Berhati-hati dia menghidang.

         “ Apa pandangan lembaga pengarah?” tanya Ji Hoon lemah. Dia meminta Eun Hee duduk di sisinya. Eun Hee menurut sahaja.

         “ Pihak lembaga pengarah meminta perkara ini disiasat dengan lebih lanjut lagi. Mereka mahukan bukti tapi pada masa yang sama mereka nak perkara ni diselesaikan dengan cepat. Walau mak pemilik syarikat, tapi mak terpaksa ikut prosedurnya,” jelas Presiden Park.
        
         Ji Hoon mengangguk. Dia bersetuju dengan kata-kata ibunya. Walaupun ibunya pemilik sah Royal Imperial Group manakala dia pula pewaris utama syarikat itu, mereka tetap terikat dengan peraturan-peraturan dan prosedur syarikat. Walau Ji Hoon bimbang jika dia akan dituduh, tetapi dia tidak mahu bermain kotor. Mentang-mentanglah syarikat itu keluarga dia punya. Dia mahu menjadi seorang ahli perniagaan yang berimej bersih.

         “ Apa yang mak bimbang, kamu yang akan dijadikan mangsanya. Walau kita kena ikut peraturan syarikat, tapi mak tak sampai hati kalau terpaksa tengok kamu meringkuk dalam penjara. Itulah yang mak bimbangkan,” kata Presiden Park.

         Wanita itu mengeluh. Lega sedikit hatinya kerana meluahkan kerisauan seorang ibu. Ji Hoon ketawa, namun hambar sahaja bunyinya.

         “ Tak apalah mak. Kita teruskan siasatan. Lambat laun pasti terbongkar angkara siapa yang melakukan perkara ni. Jemputlah minum, sekejap lagi kita makan tengah hari. Eun Hee, semua dah sedia?” tanya Ji Hoon lantas menoleh ke arah Eun Hee. Eun Hee mengangguk mengiakan.

         Presiden Park tersenyum. Dia merasakan Ji Hoon sudah membuat pilihan yang tepat. Ji Hoon kelihatan serasi apabila berdampingan dengan Eun Hee. Mereka juga mesra. Walaupun Eun Hee berada dalam keadaan seperti itu, namun Ji Hoon tetap melayan gadis itu dengan baik. Terlebih baik, mungkin?

         “ Sedapnya. Eun Hee yang buat ke?” tanya Presiden Park sebaik sahaja dia menyuap tart telur ke dalam mulutnya. Tersipu malu Eun Hee mengangguk. Ketawa Pak Cik Nam Gil meletus.

         “ Kalau puan nak tahu, tart telur dah jadi makanan kegemaran tuan muda. Semuanya sebab puan muda bagi tart telur yang dia buat sebelum mereka kahwin lagi. Hati makin tertambat,” gurau Pak Cik Nam Gil.

         Ji Hoon turut ketawa. Eun Hee tersenyum malu. Habis tersebar kisah tart telur itu. Dulu Ryu Min, kemudian Zachary dan kini Pak Cik Nam Gil pula yang jadi tukang usik mereka berdua berkenaan kisah itu.

         “ Ini tak lain mesti Ryu Min yang beritahu, betul tak?” tanya Ji Hoon. Serta merta dia teringatkan kanak-kanak itu. Ryu Min juga yang memberitahu Zachary berkenaan kisah itu.

         Pak Cik Nam Gil mengangguk.

         Suasana bertukar harmoni kembali. Tidak lagi tegang seperti tadi. Eun Hee tersenyum. Dia melihat pada wajah gembira suaminya. Dia turut gembira apabila melihat lelaki itu bergelak ketawa. Apatah lagi sejak kebelakangan ni lelaki itu hanya muram kerana memikirkan masalah resort itu.


TAE HWAN ketawa sakan. Baru sebentar tadi dia membuka akaun miliknya dan melihat sejumlah besar wang dimasukkan ke dalam akaunnya. Dia masih tidak berhajat untuk mengeluarkan wang itu. Wang yang diterimanya dahulu pun masih lagi banyak.

         Segera dia mengeluarkan telefon daripada saku seluarnya dan mendial nombor lelaki itu. Ada sesuatu yang ingin dia katakan. Lama dia menunggu sebelum panggilan di hujung talian disambut.

         “ Apa hal kau telefon aku?” keras suara itu bertanya.

         Tae Hwan ketawa sinis.

         “ Aku dah tengok duit yang kau pam dalam akaun aku. Aku percaya duit tu ada sebahagian daripada wang syarikat yang kau ambil, kan?” teka Tae Hwan.

         “ Kalau betul, aku percaya kau tak kisah. Selama ni pun kerja kau kerja kotor jadi aku percaya kau tak kisah kalau duit tu hasil pembunuhan, kan?” kasar dia berkata-kata namun Tae Hwan masih galak ketawa.

         “ Kedudukan kau masih belum stabil lagi. Mangsa kau masih tidak dikurung dalam sangkar. Selagi dia bebas, perbuatan kau tu akan terdedah juga,” kata Tae Hwan. Lelaki itu mendengus.

         “ Kalau terpaksa, aku akan bunuh dia,” angkuh lelaki itu berkata-kata.

         “ Sudah pasti aku yang lakukan kerja tu, betul tak?”

         “ Pasti! Aku takkan kotorkan tangan aku sendiri dengan darah orang lain. Kau akan mendapat hasil yang lebih lumayan nanti,” kata lelaki itu. Tae Hwan mengangguk.

         “ Aku tak kisah. Asalkan kau berikan duit, aku akan lakukan apa saja yang kau arahkan.”

         “ Bagus. Aku masih ada banyak kerja. Kalau perlu, aku akan kembali ke Seoul untuk jumpa kau. Selamat tinggal.”

         Talian diputuskan. Tae Hwan tersenyum sinis. Matanya melihat pada skrin telefon bimbit. Walau lelaki itu tidak menyenangkan hati, tetapi dia gembira dengan jumlah bayaran yang dia peroleh setiap kali dia melakukan kerjanya itu. Lumayan malah dia boleh makan di restoran bertaraf lima bintang selama berbulan-bulan.

         Mangsa sudah dikenal pasti. Dia hanya perlu menunggu arahan selanjutnya jika pemangsa sudah mula mahu memakan mangsanya.


TELEFON bimbit diletakkan di atas meja. Hyun Min mengeluh berat. Dia menyandar pada sofa. Matanya lekat pada siling pejabat yang berhias cantik. Ada ukiran dan gambar pada siling itu.

         “ Bodoh… bodoh… bodoh…”

         Berulang kali dia mengulangi perkataan itu. Dia teringatkan perbualannya di talian tadi. Bunyi pintu dikuak mengejutkan Hyun Min. Pantas dia melihat pada muka pintu. Dia cam benar dengan susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan muka pintu itu.

         “ Chae Rin,” perlahan dia bersuara, hampir sahaja tidak kedengaran.

         Senyuman terukir pada wajah gadis itu. Selamba sahaja Chae Rin melangkah masuk ke dalam tanpa dipelawa. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Hyun Min.

         “ Kenapa kau ke sini? Restoran kau tu macam mana?” tanya Hyun Min. Dia agak terkejut dengan kehadiran gadis itu yang secara tiba-tiba. Tanpa sebarang tanda, gadis itu sudah tercegat di hadapannya. Telefon untuk memaklumkan kedatangannya pun tidak.

         “ Restoran tu baik je. Kalau aku pergi ke tempat lain pun, kekal juga di tempat asalnya. Bukannya restoran tu ada kaki untuk berjalan,” kata Chae Rin. Hyun Min ketawa perlahan.

         “ Tiba-tiba je datang sini, apa hal? Setahu aku Ji Hoon tak kerja hari ni. Dia datang pejabat sebentar pagi tadi,” kata Hyun Min.

         Matlamat utama Chae Rin ke resort ini pasti ada kaitannya dengan Ji Hoon. Mustahil gadis itu ke sini semata-mata kerana dia. Jika gadis itu ke sini kerana dia, sudah pasti pagi tadi gadis itu salah bangun daripada tidurnya.

         Chae Rin ketawa.

         “ Aku dah tahu pasal tu. Aku ke sini sebab nak jumpa kaulah. Takkan aku nak jumpa Da Wei pulak,” kata Chae Rin. Hyun Min tergamam seketika sebelum kembali tersenyum. Mimpi apa pula Chae Rin mahu bertemu dengannya.

         “ Sekarang waktu makan tengah hari. Jom ke kafe resort, atau kau nak makan ke mana? Dah lama kita makan sama-sama. Marilah,” Hyun Min mempelawa. Dia melihat pada jam di pergelangan tangannya. Chae Rin mengangguk. Dia bangun daripada duduknya.

         “ Suka hati kaulah. Aku tak kisah.”

         Hyun Min dan Chae Rin menaiki Mitsubishi Lancer yang dipandu oleh Hyun Min. Hyun Min tidak membawa gadis itu ke bandar sebaliknya ke kawasan pantai. Kelihatan deretan bangunan sepanjang pantai itu.

         Kereta diparkir di hadapan sebuah restoran bertaraf lima bintang. Daripada balik cermin kaca yang menjadi dinding restoran itu jelas menampakkan keadaan restoran yang masih lengang. Hanya ada beberapa orang saja yang berada di dalam restoran itu.

         Pintu restoran ditolak ke hadapan. Hyun Min mempelawa Chae Rin masuk dahulu diikuti dia. Mereka mengambil tempat di tepi dinding kaca. Seorang pelayan perempuan mendekati mereka berdua. Pelayan itu memberi tunduk hormat sebelum menghulurkan dua buku menu.

         “ Kau nak makan apa?” tanya Hyun Min. Satu persatu helaian buku menu itu dibelek. Matanya turun naik melihat senarai makanan dan minuman. Harga? Tidak menjadi masalah buatnya.

         Chae Rin menggumam. Sama seperti Hyun Min, matanya turun liar melihat pada senarai hidangan. Perut sudah terasa mencucuk-cucuk. Dari pagi tadi lagi dia tidak makan.

         “ Berikan set hidangan tengah hari saja,” kata Chae Rin kepada pelayan perempuan itu. Apa yang dikatakan oleh Chae Rin dicatat pada buku nota kecil.

         “ Encik?”

         “ Sama. Tapi minuman tu saya mahu diganti dengan kopi panas,” kata Hyun Min. Pelayan itu mengangguk. Dia mengambil buku menu tersebut sebelum berlalu pergi.

         Hyun Min menarik nafas sebelum dihembus perlahan. Matanya mencari wajah Chae Rin. Tiada ekspresi pada wajah itu. Tenang tanpa sebarang riak.

         “ Macam mana dengan restoran kau? Aku tak pernah lagi ke sana,” kata Hyun Min. Dia mengutuk dirinya. Seolah-olah tiada topik lain yang ingin dikatakan. Chae Rin tersenyum.

         “ Biasa je. Selagi boleh buat untung, aku tak kisah,” balas Chae Rin. Hyun Min terangguk-angguk.

         “ Kau pula macam mana? Kenapa tak cari je kondo atau apartmen kat pulau ni? Tak bosan ke tinggal dalam kawasan resort tu?” tanya Chae Rin pula. Bertalu-talu dia mengaju soalan. Hyun Min ketawa.

         “ Bilik aku kat resort tu dah okey. Aku malas nak mencari kondo, lebih baik aku tinggal dalam kawasan resort. Jimat petrol kereta aku,” kata Hyun Min berseloroh. Kali ini ketawanya disertai Chae Rin.

         “ Ji Hoon pula macam mana?”

         Pertanyaan Chae Rin mematikan tawa Hyun Min. Wajah gadis itu dipandang. Hyun Min merengus perlahan. Cukup perlahan untuk sampai ke telinga Chae Rin.

         “ Dia okey. Cuma sekarang ni tengah bingung fikirkan masalah syarikat. Dengar khabar, ibunya datang ke sini untuk bincangkan masalah tu.”

         Kepala Chae Rin terangguk-angguk. Senyumannya juga mati.

         “ Susahlah kalau lembaga pengarah tuduh Ji Hoon yang gelapkan wang syarikat tu. Entah-entah, Ji Hoon boleh masuk penjara.”

         Hyun Min mengangguk. Pelayan tadi kembali dengan dulang hidangan. Penuh tata tertib pelayan itu menghidang menu yang diminta tadi. Ucapan terima kasih diucap tatkala pelayan itu mahu pergi.

         “ Walau aku baru kenal dia, tapi aku tahu Ji Hoon lelaki yang baik. Dia tak pernah marah-marah kalau ada pekerja yang lakukan kesalahan. Aku percaya, bukan dia yang lakukan perkara tu,” datar Hyun Min berkata-kata. Chae Rin tersenyum.

         “ Dalam keadaan macam ni, bolehlah aku laksanakan rancangan aku,” kata Chae Rin sebelum menyuap makanan ke mulutnya. Hampir sahaja kening Hyun Min bercantum.

         “ Maksud kau?”

         Senyuman Chae Rin mekar. “ Aku nak Ji Hoon sedar yang dia perlukan aku ketika dia dilanda masalah macam ni, bukannya perempuan bisu tu. Sudah pasti Ji Hoon akan tertekan dengan keadaan yang berlaku. Jadi, dalam keadaan begini bolehlah aku rebut kembali hati Ji Hoon.”

         Hyun Min terkedu. Kata-kata Chae Rin merentap tangkai hatinya. Tanpa mampu berkata apa-apa, dia hanya mengangguk.  

p/s: Hana rasa, mungkin ni last entry buat masa sekarang sebab Hana nak siapkan manuskrip Endless Love sepenuhnya then nak cuba nasib hantar ke publisher. if there's no chance, Hana akan terus siarkan kat blog :)

5 salam untukku:

epy elina said...

hohohooh....
lah....
x pe la...
gud luck....

Unknown said...

thanks epy :)

akira_bita said...

yes!!! hana nak antar yg ni ye?? best2... pasti kira akan beli nnti... gud luck2!!

kira pun ngah cuba siapkan manuskrip the one i love gak ni.. heheheh...

Unknown said...

hai! lama x singgah blog awk.. lama x nmpk??

Anonymous said...

bler nk smbg n3 bru...lme dh tggu n3 bru....plezzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......smbg n3 bru....plezzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs