My Status Now

offline
pliz komen ;D





Saturday, February 6, 2010

Endless Love 13


MAKANAN dihidang di hadapan pengantin baru tersebut. Zachary sudah tersenyum-senyum. Begitu juga dengan Ryu Min yang duduk bertentangan dengan Eun Hee. Ji Hoon buat bodoh. Tahu sahaja dia Zachary mahu mengusiknya.

         “ Okey tak tart telur tu? Aku sendiri yang letak hiasan tu,” kata Zachary sekadar mahu menyakat. Empat pasang mata jatuh pada deretan tart telur di atas meja. Tanpa dapat ditahan-tahan, Ryu Min ketawa. Eun Hee senyum tersipu-sipu.

         Di atas tart telur itu, ada sahaja perkataan seperti cinta dan sayang. Di tart telur yang paling kiri pula ada lakaran seorang lelaki memakai sut yang berwarna hitam. Di hujung bahagian kanan pula, permukaan tart telur itu dihiasi dengan lakaran seorang wanita yang memakai gaun pengantin.

         Ji Hoon mencebik. “ Pandailah kau buat benda-benda macam ni.”

         Zachary mula ketawa, menyertai Ryu Min yang sudah sekian lama ketawa. Kafe milik Zachary itu ditutup pada malam ini untuk pelanggan kerana mahu menyambut pasangan suami isteri itu. Dia yang beria-ria mahu Ji Hoon dan Eun Hee datang ke sini.

         “ Aku tahulah yang tart telur kafe aku ni tak standing dengan isteri kau buat,” Zachary terus mengusik. Ji Hoon ketawa.

         “ Macam mana kau tahu?” Seingat Ji Hoon, belum pernah dia memberitahu lelaki berbangsa Inggeris itu tentang peristiwa tart telur itu. Bagaimana pula Zachary boleh dapat tahu? Zachary ketawa kecil.

         “ Si comel ni yang beritahu,” kata Zachary sambil mengenyit mata pada Ryu Min yang duduk di tepinya. Ryu Min tersenyum-senyum sahaja.

         “ Ryu Min!” sengaja dia mengeraskan nadanya. Matanya dibeliakkan. Ryu Min ketawa lagi apabila melihat wajah Ji Hoon yang sekadar mahu menakutkan dia.

         “ Bukannya Ryu Min buat salah pun,” ujar Ryu Min membela diri. Kepalanya diusap lembut oleh Zachary.

         Ji Hoon mengangguk. “ Yalah.”

         “ Makanlah. Dari tadi lagi asyik berbual je, perut korang tak lapar ke? Macam-macam makanan aku sediakan untuk kau dengan Eun Hee,” pelawa Zachary. Ji Hoon dan Eun Hee sama-sama mengangguk.

         Seperti dikatakan oleh Zachary, meja itu penuh dengan makanan. Ada kek sehingga tiga jenis, spageti dua jenis dan makanan-makanan Barat lain. Memang tersandarlah mereka kalau habiskan semua tu.

         Ji Hoon sudah mencapai sudu dan garfu. Begitu juga dengan yang lain-lain kecuali Ryu Min. Tindakan Ryu Min yang langsung tidak menyentuh makanan menarik perhatian Ji Hoon.

         “ Kenapa tak makan?”

         Ryu Min menggelengkan kepalanya. Mukanya monyok. “ Ryu Min tak biasalah makan makanan macam ni,” adu Ryu Min.

         “ Makanlah. Sedap spageti ni,” kata Zachary. Dia mengambil sepinggan spageti dan meletakkan di hadapan Ryu Min. Ryu Min mengambil sudu dan garfu yang diserahkan oleh Zachary.

         “ Sedap sangat ke?” tanya Ryu Min ragu-ragu,

         Selama ini dia tidak pernah menikmati makanan yang dianggap mewah olehnya . dia gusar jika tekaknya tidak dapat menerima hidangan tersebut.

         “ Sedap. Kalau tak sedap, macam mana Abang Ji Hoon dan Kak Eun Hee boleh makan?” kata Zachary. Ryu Min akur juga. Dia menyuap spageti itu ke dalam mulutnya. Pantas dia memandang wajah Zachary.

         “ Sedap!” sepatah dia berkata. Zacahary ketawa. Dia kembali memandang Ji Hoon.

         “ Kenapa Pak Cik Dam Shik tak datang?” dia mula menyoal. Bayang lelaki yang merupakan bapa saudara Eun Hee itu juga tidak kelihatan sedangkan dia sudah berkali-kali mengajak lelaki itu menyertai keraian kecil ini. Ji Hoon menggeleng. Dia masih lagi mengunyah spageti itu.

         “ Dia kata ada urusan tapi aku tak tahu urusan apa,” jelas Ji Hoon.

         Semasa dia dan Eun Hee ke rumah Pak Cik Dam Shik tadi, lelaki itu memberi alasan ada urusan penting tetapi tidak memberitahu mereka urusan apa. Yang jelas, lelaki itu kelihatan tergesa-gesa.

         “ Tak apalah. Mungkin penting sangat kot,” Zachary menduga. Dia kembali meneruskan suapannya.

         Dalam leka menikmati hidangan, minda Ji Hoon tidak henti-henti memikirkan perihal Pak Cik Dam Shik. Lelaki itu seolah-olah dilanda masalah. Takkanlah lelaki itu dikejar pemungut hutang lagi sedangkan semua hutangnya sudah Ji Hoon lunaskan. Tidak mahu bersangka buruk, dia hanya membuat andaian lelaki itu ada urusan penting sahaja.


CHAE RIN memasukkan begnya ke dalam bonet kereta. Sebentar lagi dia akan bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas ke Pulau Jeju. Minggu lepas Hyun Min telah mengajak dia ke pulau itu untuk menghadiri majlis perasmian resort yang akan diadakan pada hari lusa. Tawaran itu diterima kerana dia juga memerlukan sebuah tempat untuk menenangkan fikiran. Sakit hatinya kerana pembatalan perkahwinan tempoh hari masih terkesan dalam hatinya.

         Enjin kereta baru sahaja dihidupkan sebelum deringan telefon bimbit menyapa telinga. Nama Hyun Min tertera di skrin telefon bimbit. Punat hijau ditekan.

         “ Helo?” acuh tidak acuh dia menjawab. Sebelah tangannya memegang stereng kereta.

         “ Kau kat mana sekarang?” tanya Hyun Min. Chae Rin mendengus perlahan.

         “ Aku baru je nak bertolak ke lapangan terbang.” Jam di tangan dikerling sekilas. Masih ada dua jam sebelum kapal terbang berlepas. Dia masih punya banyak masa.

         Hyun Min mengeluh. “ Aku dah sampai ke lapangan terbang. Aku tunggu kau dalam balai berlepas.”

         “ Baiklah.”

         Talian telefon diputuskan sebelum sempat Hyun Min berkata apa-apa. Kereta dipandu menuju ke lebuh raya. Radio dimatikan. Buat masa sekarang, apa yang Chae Rin mahukan hanyalah suasana yang sepi.

         Dia mengeluh berkali-kali. Dia teringat bagaimana dengan senangnya dia melafazkan cinta buat Ji Hoon dan juga tanpa serba salah memutuskan hubungan mereka. Sudah hampir tiga tahun berlalu semenjak hari perpisahan mereka dan kini, dia mahu kembali ke sisi lelaki itu.

         Sebaik sahaja dia rapat dengan Hyun Min semasa sama-sama belajar di luar negara dahulu, dia terus mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ji Hoon. Bagi Chae Rin, Hyun Min lebih sesuai dengan dirinya apatah lagi perwatakan mereka hampir sama sedangkan Ji Hoon lebih beradab berbanding dirinya.

         Kini, dia amat menyesali perbuatannya dahulu. Setelah lama bercinta dengan Hyun Min, barulah dia sedar bahawa lelaki itu memang tidak akan pernah mencuba untuk mengenali cinta sejati. Dia menyalahkan Hyun Min sedangkan dia juga berkasih dengan beberapa orang lelaki semasa dia bercinta dengan Hyun Min.

         “ Aku tak akan lepaskan kau,” dia berkata sendirian.

         Melepaskan Ji Hoon pergi adalah perkara paling bodoh yang dilakukan sepanjang hidupnya. Walau dengan apa cara sekali pun, dia akan memastikan bahawa dia akan memiliki lelaki itu seumur hidupnya. Tiada apa yang mampu menghalangnya.


BISING sahaja mulut Ji Hoon melaung memanggil isterinya berulang kali. Boleh menganggu ketenteraman pagi itu yang indah. Jiran sebelah rumah juga boleh terganggu dengan suaranya walaupun rumah jiran terletak elok 100 meter dari rumah Ji Hoon. Tergesa-gesa Eun Hee keluar daripada pintu dapur.

         Wajahnya kebingungan sebaik sahaja melihat suaminya sedang menaiki sebuah basikal. Setahu dia, tidak ada walau sebuah pun basikal di rumah ini. Macam mana boleh muncul tiba-tiba je ni?

         Ji Hoon ketawa apabila melihat reaksi Eun Hee. “ Abang baru je beli malam tadi,” seolah seorang pembaca minda sahaja Ji Hoon menjawab. Tahu benar apa yang bermain dalam fikiran isterinya.

         “ Marilah. Kita naik basikal ni ke pantai,” ajak Ji Hoon. Eun Hee kaku di tempatnya. Dia menggeleng pantas. Nak membonceng basikal? Seumur hidupnya dia langsung tidak menaiki basikal semenjak peristiwa jatuh daripadanya sewaktu dia mula-mula ingin mempelajari cara-cara menaiki basikal. Inikan pula nak memboncengnya. Betul ke?

         “ Ala, marilah. Kesian abang. Dah lama berhajat nak naik basikal dengan Eun Hee,” rengek Ji Hoon manja. Dia sudah turun daripada basikal tersebut dan kini sedang menggesel Eun Hee seperti seekor kucing. Tidak tahan dengan geli, Eun Hee terpaksa mengangguk setuju. Makin banyak dia menggeleng, makin kuat Ji Hoon akan menggesel sedemikian. Geli!

         “ Abang dah tau Eun Hee takkan boleh elak punyalah. Dah, jom.” Eun Hee ditarik bagaikan kanak-kanak kecil. Didudukkan Eun Hee di belakangnya sebelum mengayuh basikal keluar dari perkarangan rumah.

         “ Dah sedia? Jom kita bertolak! Wohoo!”

         Basikal dipecut mengalahkan orang naik Harley Davidson. Ji Hoon sudah menjerit riang berulang kali sedangkan Eun Hee dah kecut di belakangnya. Erat tangan gadis itu merangkul tubuh si suami. Matanya dipejamkan rapat-rapat.

         “ Tak payahlah takut!” jerit Ji Hoon tanpa menoleh memandang Eun Hee. Macam mana dia tahu yang Eun Hee dah kecut perut?

         Air laut yang membiru sudah kelihatan di depan mata. Kawasan pantai masih lengang. Mungkin kerana hari masih di awal pagi. Memang sudah lama dirancangkan oleh Ji Hoon, tetapi baru hari ini terlaksana. Sudah lama dia ingin ke pantai bersama-sama Eun Hee dengan menaiki basikal. Ala-ala drama TVXQ Banjun Drama Tokyo Holiday tak?

         “ Aaaa!!!!”

         Masing-masing dah jatuh menyembah pasir pantai. Basikal dah tergolek ke tepi. Bangun sahaja daripada jatuh, mulut Ji Hoon dah ketawa terbahak-bahak. Lucu dengan apa yang terjadi. Dek kelajuan basikal yang mengalahkan pelesit, masing-masing jatuh tergolek. Tanpa suara Eun Hee ketawa. Dia juga geli hati dengan apa yang berlaku.

         “ Maaf… maaf…” Tersekat-sekat Ji Hoon berbicara kerana ketawanya masih tidak habis-habis. Bahu Eun Hee juga sudah terhinggut-hinggut. Dia yang pada asalnya kecut perut kerana Ji Hoon mengayuh laju basikal tersebut, sudah hilang perasaan itu setelah jatuh basikal. Apalah nasib.

         “ Mari, abang tolong.” Tubuh Eun Hee ditarik ke atas. Basikal yang jatuh dibangunkan kembali.

         “ Kita jalan-jalan jelah, okey? Kalau jatuh sekali lagi abang tak jamin,” kata Ji Hoon dengan sisa ketawanya. Eun Hee mengangguk. Basikal disorong sepanjang perjalanan mereka. Tenang sahaja apabila mendengar deru ombak apatah lagi hanya mereka berdua sahaja yang berada di pantai tika ini.

         Sampai sahaja di satu tempat, basikal dihentikan. Ji Hoon memegang tangan isterinya sambil tersenyum. Eun Hee tidak tahu apa yang boleh menggambarkan perasaannya saat ini. Bahagia sungguh hidupnya.

         “ Eun Hee perasan tak tempat apa ni?” soal Ji Hoon. Eun Hee menggeleng. Dahinya berkerut. Tempat apa ni?

         Ji Hoon menghela nafas. Matanya difokuskan pada laut. “ Kat sinilah tempat abang lamar Eun Hee tempoh hari.”

         Kening Eun Hee terjungkit sebelah. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. Masakan lelaki ini boleh mengecam tempat ini apatah lagi langsung tiada tanda-tanda yang boleh dijadikan panduan. Jika difikir-fikirkan kembali, semua tempat di pantai ini sama sahaja. Ada pasir pantai, ada air laut.

         “ Tak percaya?” tanya Ji Hoon lagi. Dengan wajah kebingungan Eun Hee menggeleng. Dahi dah berkerut lebih daripada seribu.

         “ Depan tu kan ada pulau kecil. Abang perasan pulau tu betul-betul depan abang tempoh hari.” Jari ditunjuk ke laut. Daripada kejauhan kelihatan sebuah pulau kecil. Eun Hee mengangguk kecil. Pandai saja Ji Hoon. Dia meluruskan pandangannya berhadapan dengan laut.

         Pada waktu-waktu pagi sebegini, kabus masih bersisa namun itu tidak menghalang seseorang untuk menikmati pemandangan yang cantik itu. Matahari baru sahaja naik kembali menggantikan bulan malam. Camar-camar juga sudah mula berterbangan bebas di angkasa raya.  

         Asyik menikmati pemandangan, terasa kepalanya dipusing ke kiri. Dilihat wajah suaminya dah mencuka. Muncung di bibir sudah boleh diikat dengan reben.

         “ Janganlah asyik tengok laut je, abang kan ada depan Eun Hee? Apa, laut tu kacak lagi ke daripada abang?” katanya merajuk. Eun Hee menarik senyum. Tahu sahaja lelaki itu mahu bergurau dengannya.

         Sepanjang lebih daripada dua minggu menjadi isteri lelaki itu, dia cukup masak dengan perangai Ji Hoon. Ada-ada sahaja buah mulutnya sekadar mahu mengusik dia. Tetapi, sikap Ji Hoon yang itulah yang membuatkan dia sedar bahawa dia semakin menyayangi suaminya.

         Pegangan Ji Hoon di tangan Eun Hee dilepaskan secara tiba-tiba. Lelaki itu berjalan beberapa tapak ke hadapan menghadap laut. Nafas ditarik dalam-dalam. Dahi Eun Hee berkerut kembali. Apa lagi yang Ji Hoon mahu lakukan? Tetapi, Eun Hee tidak perlu menunggu lama sebelum perlakuan Ji Hoon mengejutkan dia.

         “ Eun Hee! Abang cintakan Eun Hee! Abang cintakan Eun Hee seumur hidup abang! Eun Hee tahu tak?” lantang dia menjerit ke arah laut. Eun Hee di belakang sudah tersipu malu walaupun bahagia singgah di hati dengan perbuatan Ji Hoon secara tiba-tiba itu. Ji Hoon menoleh ke belakang dengan senyuman puas.  

         “ Jom, kita ke sana pulak!”

         Tidak sempat dia berbuat apa-apa, Ji Hoon sudah mendukungnya dari belakang. Kedua-dua tangannya dibawa ke depan manakala tangan Ji Hoon sudah menyelit di kakinya. Eun Hee cuba meronta untuk melepaskan diri, tetapi pegangan Ji Hoon yang kemas menyukarkan tindakannya.

         “ Janganlah meronta. Eun Hee tentu tak nak jatuh, kan?”

         Alamak! Refleks dia menguatkan pautan tangannya di leher Ji Hoon. Ji Hoon ketawa sekali lagi. Dia memalingkan wajahnya ke belakang.

         “ Padan muka. Lain kali, dengar je apa yang abang cakap,” usik Ji Hoon. Eun Hee memuncungkan bibirnya, tetapi tidak lama. Sesaat kemudian muncung di bibir diganti dengan senyuman.

         Selepas itu, masa mereka berdua hanya dipenuhi dengan gelak ketawa Ji Hoon sahaja. Senyuman juga tidak pernah lekang daripada wajah Eun Hee. Dunia dirasakan milik mereka dengan bahagia sekarang. Asyik mereka berdua bergembira tanpa menyedari ada sepasang mata yang menyaksi dan merakam setiap perbuatan mereka.

3 salam untukku:

Unknown said...

wah! panjangnyer cte ni.. best jgk cte psl cinta2.. cte awk ni smpai berapa episod???

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

:) Alahai..romantiknya..
Tokyo Holiday best!
Entry ni pun best :)

akira_bita said...

alahai... soooo romantik!! pandai hana wat ktorg turut rse bahagia ngn pasangan pengantin baru tu... hohohohoh

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs