My Status Now

offline
pliz komen ;D





Friday, February 26, 2010

Endless Love 17


EUN HEE duduk berhampiran halaman belakang rumahnya. Sudah lama dia berdiri menghadap pokok-pokok yang masih gah berdiri di laman belakang itu tanpa rasa lenguh. Buat masa sekarang dia mahu menyendiri.

         Hari ini, kejutan demi kejutan dia alami. Menerima tamparan daripada seorang wanita yang memanggil dia perampas bakal suami orang, berkenalan dengan seorang wanita yang sudah agak berusia tetapi mempunyai karisma tersendiri dan mengetahui bahawa suaminya merupakan pewaris tunggal rangkaian hotel yang terkenal di serata dunia.

         Dia memang tahu Ji Hoon berasal daripada keluarga berada, tetapi langsung tidak terlintas dalam fikirannya bahawa lelaki itu merupakan pewaris tunggal yang akan mewarisi rangkaian hotel bertaraf enam bintang. Dia sama sekali tidak menyangka.

         Apa yang sedang difikirkan kini hanyalah kata-kata wanita cantik itu tadi. Adakah benar dia merupakan perampas bakal suami orang? Tetapi Ji Hoon langsung tidak mengatakan apa-apa berkaitan wanita tadi. Atau itu cuma alasan wanita itu kerana wanita itu juga sukakan Ji Hoon? Entahlah. Eun Hee sendiri tidak pasti.

         “ Eun Hee?”

         Lamunan Eun Hee berkecai tiba-tiba. Jelas suara itu kedengaran daripada belakang. Dia tahu siapa pemilik suara itu tetapi dia masih tidak berganjak daripada kedudukan asalnya. Eun Hee berdiri berpeluk tubuh.

         Ji Hoon mengeluh perlahan. Mungkin Eun Hee sedang memikirkan kejadian tadi. Dia tidak boleh menyalahkan Eun Hee jika gadis itu berkecil hati. Tiba-tiba sahaja ditampar dan dihina oleh seseorang yang tidak dikenali. Pasti gadis itu berkecil hati kerana kejadian itu.

         “ Abang minta maaf. Abang tahu semuanya salah abang kerana rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Eun Hee,” ucap Ji Hoon. Isterinya masih tidak memandang wajahnya.

         Ji Hoon berjalan mendekati gadis itu. Tubuh itu dipusing menghadap dirinya. Dia kecewa apabila Eun Hee melarikan wajah daripada melihatnya.

         “ Kata-kata Chae Rin mengenai perkahwinan abang dengan dia memang benar, tapi Eun Hee bukannya perampas. Abang tidak cintakan Chae Rin. Eun Hee juga tidak bersalah dalam hal ni,” terang Ji Hoon namun pandangan Eun Hee tetap tidak pada wajahnya.

         Ji Hoon mengeluh.

         “ Eun Hee tak percayakan abang?” tanyanya lagi.

         Kata-kata Ji Hoon kali ini berjaya membawa gadis itu bertentang mata dengan dia. Dia tidak boleh menafsir perasaan yang terlakar pada wajah itu. Sama ada Eun Hee marah atau sedih. Dia tidak boleh meneka perasaan gadis itu.

         “ Eun Hee tak percayakan abang?” ulang Ji Hoon sekali lagi.

         Dia lihat gadis itu menggeleng perlahan. Ji Hoon tersenyum nipis.

         “ Memang salah abang sebab tak berterus-terang sejak awal lagi. Abang minta maaf.”

         Eun Hee tersenyum. Ji Hoon menghela nafas sebelum membuka mulut. Dia akan menceritakan perkara yang sebenarnya. Dia tidak mahu isterinya menaruh syak terhadap dirinya.

         “ Abang mengaku abang pernah bercinta dengan Chae Rin tapi hubungan kami putus selepas dia tinggalkan abang untuk lelaki lain. Semenjak itu, abang tidak bercinta lagi. Cinta kedua hadir bila abang sampai di pulau ini. Eun Hee cinta abang setelah sekian lama abang melupakan Chae Rin.”

         Ji Hoon berhenti seketika. Dia mahu melihat reaksi isterinya. Riak wajah Eun Hee kekal seperti tadi. Gadis itu hanya tersenyum saja.

         “ Kemudian, Chae Rin pulang dan kembali menagih cinta abang. Mak abang nak kahwinkan kami berdua kerana mak nak tengok abang kahwin, punya isteri, punya anak. Abang berkeras tak nak kerana abang tak mahu kehadiran seorang wanita yang tidak setia dalam hidup abang. Sebab itulah abang lari ke sini. Abang juga tak sangka abang akan jatuh cinta pada hari pertama abang di sini. Abang mula sukakan Eun Hee sejak kali pertama kita bertemu di hospital dulu.”

         Eun Hee ketawa tanpa suara. Kata-kata itu kembali diungkap Ji Hoon. Sama seperti ketika lelaki itu melamar dia sebagai suri hidup lelaki itu. Mungkin itu merupakan ayat kegemaran Ji Hoon kini.

         “ Kenapa ketawa?” tanya Ji Hoon kehairanan. Tiba-tiba sahaja gadis itu berubah ceria.

         Pantas Eun Hee menggelengkan kepalanya. Tanpa sebarang amaran sebelah tangannya ditarik Ji Hoon. Jari kelengkeng lelaki itu ditautkan dengan jari kelengkeng Eun Hee. Kali ini Eun Hee pula yang kehairanan.

         “ Abang janji pada Eun Hee, walau apa pun yang terjadi abang tidak akan tinggalkan Eun Hee. Itu janji abang pada Eun Hee dan abang juga nak Eun Hee janjikan satu perkara dengan abang,” kata Ji Hoon. Eun Hee mengangguk manakala dahinya sudah berkerut. Dia tertanya-tanya apakah perkara yang dimaksudkan lelaki itu.

         Ji Hoon menarik nafas berulang kali. Tepat tikaman matanya pada muka Eun Hee.

         “ Abang nak Eun Hee janji, Eun Hee akan percayakan abang walau apa yang berlaku. Tidak kira apa yang terjadi pada masa depan, Eun Hee tetap percayakan abang, boleh?” kata Ji Hoon. Kehairanan Eun Hee semakin bertambah.

         Apa maksud Ji Hoon?

         Ji Hoon tersenyum kecil. Dia menarik tubuh itu ke dalam dakapannya sebelum dikucup lembut dahi isterinya. Wajah itu kembali ditatap penuh kasih. Sebelah tangannya membawa rambut Eun Hee yang berjuntai ke balik telinga.

         “ Abang kenal siapa Chae Rin. Sejak dulu lagi kemahuan dia sentiasa dituruti tetapi kali ini keinginan dia tidak dipenuhi. Hasrat dia untuk mengahwini abang tidak terlaksana dan abang bimbang dia akan melakukan apa saja untuk merosakkan hubungan kita. Sebab itulah, abang nak Eun Hee janji pada abang walau apa yang terjadi, Eun Hee akan tetap percayakan abang. Boleh Eun Hee janjikan itu? Dan, kalau Eun Hee benar-benar sudah percayakan abang, mahu abang pergi dari hidup Eun Hee, abang benarkan Eun Hee tanggalkan cincin perkahwinan kita.”

         Ji Hoon resah. Dia tidak menerima reaksi daripada gadis itu. Dia mula bimbang. Dia risau jika Eun Hee meragui kata-katanya. Namun dia kelegaan apabila melihat gadis itu mengangguk perlahan.

         “ Terima kasih.”

         Eun Hee tersenyum. Manis sekali dalam mata Ji Hoon. Tiada sebab untuk dia meragui suaminya sendiri apatah lagi selama ini Ji Hoon melayani dia dengan baik. Selama bergelar isteri kepada lelaki itu, tiada walau sesaat pun dia dikasari Ji Hoon.

         “ Pak Cik Nam Gil telefon abang tadi, mak minta kita hadiri majlis perasmian resort tu. Mak juga kata nak kenalkan Eun Hee sebagai menantunya dalam majlis tu. Perkara ni dah cukup menggembirakan abang. Eun Hee faham tak maksud abang?” kata Ji Hoon ceria. Sekali lagi Eun Hee ketawa tanpa suara sambil mengangguk.

         “ Maksudnya mak dah restu perkahwinan kita! Yayy!!”

         Ji Hoon melompat gembira. Asyik Eun Hee menepuk tangan sebelum tubuh dia diangkat ke langit. Berubah mukanya kerana terkejut. Ji Hoon ketawa gembira.

         “ Malam ni kita ke bandar. Abang nak belikan Eun Hee gaun untuk majlis malam esok. Abang nak pastikan Eun Hee kelihatan seperti puteri kayangan esok,” kata Ji Hoon lagi. Pantas Eun Hee menggeleng. Dia tidak akan menyetujui saranan suaminya. Pasti ada benda-benda pelik yang Ji Hoon minta dia pakai untuk majlis itu.

         “ Bolehlah. Apa salahnya kalau Eun Hee pakai cantik-cantik?” usik Ji Hoon. Eun Hee menggeleng lagi. Dia meronta dalam dukungan Ji Hoon. Ji Hoon ketawa kuat.

         “ Bolehlah…” Usikan Ji Hoon masih belum berakhir. Eun Hee menggeleng lagi. Tidak tahan dengan ketawa yang semakin kuat, Ji Hoon terpaksa melepaskan gadis itu menapak ke tanah. Sakit perutnya dengan tawa yang makin menggila.

         “ Sudahlah. Sakit perut abang tahan ketawa macam ni. Abang nak ke resort jumpa mak. Eun Hee nak ikut abang atau tinggal je kat rumah? Mungkin abang lama di sana nanti,” kata Ji Hoon dengan tawa yang masih bersisa. Eun Hee memasamkan muka seketika sebelum tersenyum kembali. Dia menampar bahu suaminya yang masih galak ketawa.

         “ Eun Hee nak ikut? Kalau nak, pergilah bersiap sekarang. Abang tunggu di garaj, ya?” kata Ji Hoon lagi. Eun Hee mengangguk sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Ji Hoon tersenyum kelegaan.

         Bersungguh-sungguh dia berdoa dalam hati agar Eun Hee akan selamat daripada segala ancaman. Dia bimbang jika Chae Rin akan melakukan sesuatu demi menyakitkan gadis itu. Setiap perilaku Chae Rin tidak boleh diduga dek akal. Pasti Chae Rin mengamuk sakan kerana selama ini setiap kemahuan dia dipenuhi tanpa sebarang halangan tetapi kali ini kemahuan Chae Rin untuk bergelar isterinya musnah begitu sahaja. Itulah sebab utama kenapa dia risaukan keselamatan Eun Hee jika dia kembali bekerja.


AKHBAR yang baru separuh dibaca dikoyak sehingga cebisan. Sakit hatinya memikirkan peristiwa tadi. Jika diikutkan amarah dia tadi, sudah lama gadis itu dikerjakan sehingga pengsan.

         “ Kenapa kau jadikan akhbar tu mangsa kau? Tak pasal-pasal koyak,” celah Hyun Min yang baru masuk ke dalam bilik Chae Rin. Kuat dengusan Chae Rin menyapa telinganya.

         “ Kenapa kau tak beritahu aku yang kau dah tahu Ji Hoon ada di pulau ni?”

         Baru sahaja Hyun Min melabuhkan duduk di hadapan Chae Rin, gadis itu terus menlontarkan soalan untuknya. Hyun Min ketawa sinis.

         “ Bukannya salah aku. Masa aku jalan-jalan kat pantai pagi kelmarin, aku nampak pasangan tengah main kat pantai. Aku rasa macam pernah tengok je, sebab tulah aku ambil gambar mereka,” jelas Hyun Min.

         Dia tidak berbohong. Itulah perkara yang berlaku. Semasa dia asyik menikmati pemandangan pada waktu pagi, tiba-tiba saja dia dikejutkan dengan jeritan. Dia mencari arah suara itu tetapi apa yang dia lihat hanyalah satu pasangan yang kelihatan gembira. Hairan kerana wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya, dia mengambil gambar pasangan tersebut. Hyun Min juga terkejut kerana sama sekali tidak menyangka lelaki itu Ji Hoon, bekas kekasih Chae Rin.

         “ Geramnya! Sanggup dia tinggikan suara pada aku sebab isteri dia? Masa tu, aku rasa macam nak cekik-cekik je leher betina tu! Tak padan gadis kampung, ada hati nak kahwin dengan Ji Hoon!”

         Hyun Min ketawa. Lucu mendengarkan kata-kata Chae Rin yang dianggap terlalu kebudakan-budakan. Chae Rin mendengus. Renungan membunuh dia tujukan pada Hyun Min yang galak ketawa.

         “ Apa rancangan kau? Pulang ke Seoul demi mencari cinta baru? Ji Hoon dah jumpa cinta baru dia, dah sah berkahwin lagi! Kau pulak bila lagi nak ikut jejak bekas kekasih kau?” tanya Hyun Min.

         Dia tahu pertanyaan itu akan menaikkan lagi kemarahan Chae Rin tetapi dia tidak peduli. Jika benar Ji Hoon sedang bahagia dengan pilihan hati, sampai bila Chae Rin mahu menunggu. Sudah jelas lelaki itu tidak mahukan dia. Takkan Chae Rin mahu bertindak bodoh dengan terus menunggu Ji Hoon?

         Chae Rin menggeleng. Wajahnya menunjukkan kebencian yang amat. Menyala matanya kerana menahan marah. Dia tersenyum sinis.

         “ Aku takkan senang-senang je biarkan mereka bahagia. Aku akan pastikan suatu hari nanti gadis tu menderita kerana merampas Ji Hoon daripada aku. Aku akan pastikan itu!” kata gadis itu meninggi. Dahi Hyun Min berkerut.   

         “ Sampai hati kau nak hancurkan hidup mereka? Kau tak fikir ke mungkin suatu hari nanti ada orang akan hancurkan hidup kau pula?”

         Chae Rin ketawa galak.

         “ Tak ada siapa yang akan berani! Lihatlah, Ji Hoon. Aku akan pastikan kau melutut pada aku kelak,” kata Chae Rin perlahan. Dia menyeringai.

         Hyun Min mendengus. Kata-kata Chae Rin tidak menyenangkan hatinya. Walau dia tidak begitu mengenali Ji Hoon malah menganggap lelaki itu punca utama kesukaran dia untuk memiliki Chae Rin kembali, dia tetap risaukan lelaki itu. Dia bimbang jika Chae Rin mengotakan kata-katanya untuk meruntuhkan hidup pasangan itu namun tiada apa-apa yang boleh dia lakukan. Chae Rin tetap berdegil dengan keputusannya.

6 salam untukku:

epy elina said...

hohohoh...
napa la chae rin 2 jhat sngt...
klu dia cntkan ji hoon mst dia nak ji hoon bhgia...
ni x tamak...
best2x...

Unknown said...

epy!
hehe ;D
kadang2 ada jugak yg camtu
dia nak jdkan boy/girl tu milik dia even tau boy/girl tu cintakan orh len..

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Bencinya dgn Chae Rin..
D:
Nasib baik Eun Hee ok jer.
:) Best!

Unknown said...

panjang jgk cte awk ni.... smpai episod brapa? 20 ker?

Unknown said...

eh! nape x letak nama2 melayu? hehe sory ni cuma pendapat jer...

akira_bita said...

klo dia nak cekik2 leher eun hee tu.. aku pulak nak patah2 kan tengkuk dia... sesuka ati dia je... ni wat kira geram ni...

heheh.. bahagia tgk eun hee ngn ji hoon... best2!! sambung la lagi hana!!

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs