My Status Now

offline
pliz komen ;D





Friday, January 15, 2010

Endless Love 10

EUN HEE membuka pintu almari lama yang terdapat dalam bilik Ryu Min. Dia ingin mengemas rumah itu buat kali terakhir sebelum dia melangkah masuk dan tinggal bersama Ji Hoon dalam banglo putih tersebut. Sekurang-kurangnya, dia boleh meringankan beban Pak Cik Dam Shik sebelum dia pergi nanti.


         “ Kak Eun Hee, baju-baju lama ni nak letak kat mana?”

         Eun Hee menoleh. Ryu Min sedang melipat pakaian-pakaian lama yang ditemui di bawah katil. Kotak yang mengandungi pakaian tersebut sudah terlalu berhabuk. Beberapa kali hidungnya tersumbat dek debu yang tebal.

         Eun Hee menunjuk ke arah rak almari lama itu. Ryu Min mengangguk. Faham dengan apa yang diarahkan Eun Hee. Kanak-kanak itu meneruskan kerjanya.

         Gadis itu kembali menghadap almari lama itu. Sekotak demi sekotak dikeluarkan sebelum dia menyapu habuk yang sudah terlalu banyak di dalam almari itu. Dia membuka penutup salah satu kotak tersebut. Apa yang ada di dalamnya hanyalah pakaian-pakaian mendiang isteri Pak Cik Dam Shik. Kotak yang lain pula dibuka. Permainan Ryu Min yang lama dan sudah rosak. Patut dibuang.

         “ Kak Eun Hee,” panggil Ryu Min.

         Eun Hee menghentikan kerjanya. Dia duduk menghadap Ryu Min yang sudah mendekati dia.

         “ Bila Kak Eun Hee dah kahwin, boleh tak Ryu Min datang main dengan kakak dekat rumah Abang Ji Hoon?” tanya Ryu Min. Dia gembira apabila Eun Hee akan berkahwin dengan Ji Hoon. Namun ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Jika Eun Hee sudah berpindah, dengan siapa lagi dia akan bermain bersama. Ryu Min bukannya ada ramai kawan.

         Eun Hee menarik Ryu Min dalam pelukannya. Hangat pelukan Eun Hee mengundang sayu di hati Ryu Min. Dia teringat pada mendiang ibunya. Ibunya meninggal semasa dia masih kecil lagi. Wajah ibunya juga kabur dalam memorinya.

         “ Kak Eun Hee, boleh tak Ryu Min datang main kat rumah tu?” ulang Ryu Min. Eun Hee mengangguk. Jemarinya lembut mengusap kepala Ryu Min. Ryu Min melepaskan diri daripada pelukannya.

         “ Terima kasih, kak.”

         Eun Hee mengangguk. Beberapa hari lagi, perkahwinan dia dengan Ji Hoon akan berlangsung. Boleh dikatakan hampir semua barangannya sudah dipindah masuk dalam banglo putih itu. Dia akan meninggalkan rumah ini tidak lama lagi.

         “ Ryu Min akan rindukan Kak Eun Hee,” kata Ryu Min.

         Senyuman terukir di wajah Eun Hee. Dia melepaskan tangannya perlahan-lahan daripada tangan Ryu Min sebelum kembali meneruskan kerjanya. Ketika dia ingin menutup pintu almari itu, baru dia perasan ada sesuatu di dalam laci almari tersebut. Apa ye?

         Laci itu ditarik. Eun Hee menjenguk ke dalam. Ada sebuah kotak kecil. Hatinya berdebar-debar secara tiba-tiba. Entah kenapa. Dia tertanya-tanya kotak apakah itu. Kotak itu dicapai tetapi langkahnya terhenti. Sapaan Pak Cik Dam Shik dari muka pintu bilik mengejutka dia dan Ryu Min.

         “ Kamu buat apa tu?”

         Mereka berdua sama-sama mengalih pandang pada muka pintu. Pak Cik Dam Shik sedang tercegat berdiri di situ. Entah bila dia pulang dari tempat kerjanya tidak pula Eun Hee perasan.

         “ Kamu buat apa tu?” soal Pak Cik Dam Shik sekali lagi. Dia tidak memandang wajah Eun Hee mahu pun Ryu Min, sebaliknya mata lelaki itu fokus pada kotak yang dipegang Eun Hee. Tajam pandangan matanya pada kotak yang berada dalam genggaman Eun Hee.

         “ Kak Eun Hee nak tolong kemas bilik Ryu Min sebelum dia pergi, ayah. Kenapa ayah balik awal?” celah Ryu Min. Dia berjalan mendekati bapanya. Memeluk bapanya sekejap sebelum kembali ke sisi Eun Hee.

         Pak Cik Dam Shik terdiam sejenak. Tidak pasti mahu berkata apa. Dia menggaru-garu batang hidungnya sebelum kembali memandang Eun Hee.

         “ Err... kamu kemas je apa yang patut. Kotak yang kamu pegang tu letak je dalam laci almari tu. Tolong jangan buka kotak tu,” kata Pak Cik Dam Shik sebelum segera berlalu dari bilik itu. Eun Hee hanya mengangguk.

         Eun Hee kehairanan kenapa bapa saudaranya itu melarang dia melihat isi kotak tersebut. Kotak itu dipandang lagi. Tidak mahu mengingkari arahan bapa saudaranya, Eun Hee menurut sahaja. Dia menyimpan kembali kotak itu dan hanya meneruskan kerjanya yang lain. Tidak selesa juga rasanya apabila rasa ingin tahu apa yang terkandung dalam kotak itu menyelubunginya. Eun Hee kekal diam.


LANGIT begitu cerah dan kelihatan ceria. Awan juga tidak berarak menutupi matahari, membenarkan matahari melimpahkan sinarnya di alam ini. Kicauan burung menambah keceriaan pada hari ini. Hari bahagia Ji Hoon dengan Eun Hee. Tetapi, ada sesuatu yang menganggu penghuni rumah banglo putih itu.

         “ Tuan, cepatlah! Takkan tuan nak terlewat pulak!” laung Pak Cik Nam Gil dari tingkat bawah. Jam di dinding dilihat. Detik demi detik jarum jam itu bergerak menambahkan gelisah pada Pak Cik Nam Gil. Mereka cuma ada lima belas minit sahaja lagi sebelum majlis bermula. Pak Cik Nam Gil mengeluh.

         “ Tuan!” laung Pak Cik Nam Gil lagi.

         “ Ya! Ya! Tunggu sekejap!” balas Ji Hoon dari biliknya. Dia keresahan. Matanya meliar di sekeliling bilik. Mencari cincin perkahwinannya. Mana pulak aku letak kotak cincin ni? Mampus!

         Atas almari, celah katil, dalam bilik air. Semuanya sudah diperiksa. Tetapi kotak cincin perkahwinan dia tiada! Ji Hoon makin resah. Apa yang aku patut buat ni? Beberapa kali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mengusutkan rambutnya yang sudah disikat rapi.

         Di tingkat bawah, Pak Cik Nam Gil hanya mampu mengeluh. Mak Cik Yu Soo menyusul daripada belakang. Bahu suaminya ditepuk.

         “ Mana Tuan Park, abang? Kita dah lewat ni. Majlis dah nak mula,” kata Mak Cik Yu Soo bimbang. Seperti mana suaminya, dia juga mula bimbang. Sepatutnya mereka sudah bertolak ke gereja sekarang tetapi bayang Ji Hoon langsung tidak kelihatan.
         “ Kat atas. Entah apa yang dibuatnya.” Pak Cik Nam Gil mengeluh lagi. Apa yang dah jadi ni?


         Bunyi tapak kaki menuruni tangga menarik perhatian mereka suami isteri. Ji Hoon tergesa-gesa turun dari tingkat atas. Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo kehairanan melihat wajah kusut Ji Hoon. Lelaki tua itu segera mendekati Ji Hoon.

         “ Kenapa, tuan?”

         “ Err… pak cik ada nampak tak kotak cincin saya? Saya lupa letak kat mana,” kata Ji Hoon teragak-agak. Dia mula berpeluh. Kenapalah perkara seperti ini boleh menimpa dirinya pada hari bahagia dia? Sudahlah sejak bangun tidur lagi hatinya tidak berhenti-henti berdebar, kerana kehilangan cincin itu pula semakin menambah debar hatinya.

         “ Tuan cakap apa ni? Bukan ke tuan serahkan cincin tu pada pak cik semalam?” kata Pak Cik Nam Gil terkejut. Dia menggelengkan kepalanya. Pak Cik Nam Gil tergelak kecil. Mahu sahaja dia ketawa terbahak-bahak melihatkan sikap kelam kabut Ji Hoon.

         “ Apa?” Matanya terbeliak. Mulutnya terlopong. Dari tadi lagi dia menyelongkar seisi biliknya untuk mencari cincin itu, sudahnya cincin itu berada dengan Pak Cik Nam Gil? Aku ni dah tak waras ke?

         “ Sudahlah ketawa tu. Kasihan tuan. Tunggu sekejap je, mak cik pergi ambilkan air,” kata Mak Cik Yu Soo. Dia memandang marah pada suaminya sebelum berlalu ke dapur. Sejenak kemudian wanita itu kembali dengan segelas air. Gelas itu dihulurkan kepada Ji Hoon. Air itu diteguk perlahan.

         “ Minum air tu, mungkin boleh mungurangkan gugup tuan. Tuan cuma gugup je, sebab tulah jadi macam ni. Biasalah, nak kahwin katakan. Pak Cik Nam Gil ni lagi teruk gugupnya masa kami nak kahwin dulu,” cerita Mak Cik Yu Soo. Dia menjeling pada suaminya.

         “ Yang awak cerita tu kenapa?” Ketawa Pak Cik Nam Gil berhenti. Kali ini giliran Ji Hoon pula untuk ketawa.

         “ Ye ke, mak cik?”

         Mak Cik Yu Soo mengangguk. “ Mak cik cerita lepas kita balik nanti. Cepat! Majlis tuan dah nak mula.”

         Mak Cik Yu Soo menolak Ji Hoon keluar dari rumah. Pak Cik Nam Gil membuka pintu kereta. Ji Hoon dibiarkan duduk bersendirian di tempat duduk belakang. Cantik kereta itu dihias tidak dapat menghalau gugup Ji Hoon. Dia gelisah apabila memikirkan perkahwinannya.


“ MANA Ji Hoon tak sampai lagi ni?” keluh Zachary. Sudah beberapa kali dia melihat pada jam di tangannya. Ji Hoon sudah terlambat. Mustahil lelaki itu akan terlewat pada hari yang paling dinantikan olehnya.


         Eun Hee masih setia menunggu di beranda. Menunggu kedatangan Ji Hoon untuk melafazkan ikrar perkahwinan. Dia keresahan. Bagaimana jika Ji Hoon tidak muncul dan menarik keputusan untuk mengahwini dia? Hatinya boleh luka ditoreh sekali lagi.

         “ Jangan bimbang, dia tentu datang. Saya telefon dia, okey?” kata Zachary. Tidak sampai hati melihat wajah Eun Hee yang murung. Telefon bimbit dikeluarkan. Ryu Min mengenggam lembut tangan Eun Hee. Wajah bakal pengantin itu dipandang. Eun Hee kelihatan sungguh jelita dengan persalinan yang dikenakannya. Namun, wajah gadis itu kelihatan tidak ceria.

         “ Kak Eun Hee jangan bimbang. Abang Ji Hoon pasti datang,” kata Ryu Min. Ada keyakinan dalam suaranya. Eun Hee mengangguk perlahan. Dia kembali melihat pada pintu pagar gereja. Berharap Ji Hoon akan muncul secepatnya.

         Pak Cik Dam Shik yang bersandar pada tiang juga kelihatan resah. Jam di tangan dilihat. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 9.15 pagi. Sudah lima belas minit berlalu dan Ji Hoon masih belum kelihatan. Apa yang sudah berlaku?

         Bagaimana jika Ji Hoon mengingkari janjinya untuk mengahwini Eun Hee? Sudah pasti Eun Hee akan kecewa sekali lagi. Mereka menanti dengan penuh resah. Paderi sudah lama menunggu dalam gereja.

         “ Itu dia! Ji Hoon dah sampai!” laungan Zachary mengejutkan mereka semua. Eun Hee terkejut. Mata mereka berkalih pada Ji Hoon yang sedang berlari pantas memasuki perkarangan gereja. Eun Hee mula tersenyum kembali. Ji Hoon menghentikan langkah di hadapan Zachary. Dia mengesat peluh yang berjejeran.

         “ Kenapa kau lambat? Dah lama bakal pengantin perempuan tunggu.” Dalam kesuntukan masa, sempat lagi Zachary mengusik. Dia menepuk bahu Ji Hoon berulang kali. Tisu diserahkan.

         “ Jalan sesak teruk…” kata Ji Hoon tercungap-cungap sambil mengesat peluh. Nafasnya sesak. Dia kembali menyambung kata, “ … aku terpaksa tinggalkan pak cik dan mak cik aku kat jalan. Aku lari terus ke sini.”

         Kehadiran Ji Hoon melegakan Eun Hee. Gadis itu tidak henti-henti mengucap syukur di dalam hati. sangkaan dia bahawa Ji Hoon akan meninggalkan dia ternyata meleset sekali. Ternyata bahawa lelaki itu memang menepati janji dan bersungguh-sungguh dalam mengatakan cinta padanya.

         “ Okey, okey. Sekarang ni, baik kau masuk. Paderi dah lama tunggu kau. Kau nak kahwin ke tak ni? Kalau nak, masuk cepat!” Zachary segera menolak Ji Hoon memasuki gereja selepas melihat lelaki itu masih lagi tercegat di luar. Ji Hoon sempat menghadiahkan senyuman pada Eun Hee sekilas sebelum dia kembali berlari masuk ke dalam. Paderi yang menunggu hanya mampu menggelengkan kepala melihat pada bakal pengantin yang lengkap bersut berlari masuk ke dalam gereja. Pertama kali dalam sejarah hidupnya. Hai...

         “ Okey, lepas ni giliran awak pula. Bapa saudara awak akan apit awak ke dalam. Ryu Min, mari kita masuk dulu.” Zachary mendukung Ryu Min masuk ke dalam gereja. Kini tinggal Eun Hee dan Pak Cik Dam Shik sahaja di luar. Pak Cik Dam Shik merenung wajah Eun Hee.

         “ Kamu dah sedia?”

         Eun Hee mengangguk. Pak Cik Dam Shik menyambut tangannya dan melangkah masuk beriringan ke dalam. Eun Hee sudah gementar. Perasaan gugup dan bahagia bercampur menjadi satu. Melihat pada Ji Hoon yang sedang menantinya di hadapan, dia mulai merasa bahagia. Tajam pandangan Ji Hoon menikam sanubarinya.

         Ji Hoon, saya cuma mengharapkan kebahagiaan daripada awak. Itu sahaja yang saya harapkan. Saya tidak meminta yang lain. Cukuplah dengan huluran kasih awak buat saya sehingga hujung nyawa saya, hatinya berdetik.

         Apabila melihat renungan Ji Hoon yang seolah-olah sedang tersenyum padanya, Eun Hee tahu dia tidak akan berpatah balik lagi. Lelaki itu merupakan mahligai kasih miliknya sekarang dan selama-lamanya. Mata Ji Hoon seolah-olah mengiakan apa yang sedang berdetik dalam hatinya sekarang.


“ MAAFLAH, awak kena tunggu pulak. Nampaknya, jalan sesak lagi,” kata Ji Hoon sambil matanya tidak lekang daripada wajah Eun Hee. Eun Hee mengangguk perlahan. Dia tunduk. Malu diperhatikan sedemikian.

         Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo masih belum sampai. Mungkin kesesakan jalan yang dihadapi mereka masih belum reda. Mereka berdua sedang duduk di bangku di bawah sebatang pokok yang rendang. Zachary, Pak Cik Dam Shik dan Ryu Min sudah pulang. Pada asalnya, Zachary menawarkan diri untuk menghantar pasangan pengantin baru itu pulang, tetapi Ji Hoon menolak. Ji Hoon cuma meminta Zachary tolong menghantar Pak Cik Dam Shik dan Ryu Min pulang dahulu. Pak Cik Dam Shik dan Ryu Min menurut sahaja.

         Ji Hoon mendongak pada langit. Dia senyum sendirian. “ Eun Hee, saya ada satu permintaan.”

         Eun Hee diam. Menunggu Ji Hoon meneruskan kata-katanya. Tangan Ji Hoon mengelus lembut jemari Ji Hoon. Kilauan permata yang terikat pada cincin perkahwinan itu mengundang bahagia buat dirinya.

         “ Mulai hari ni, saya akan bahasakan diri awak dengan panggilan Eun Hee pulak, okey? Dan, kalau boleh saya nak suatu hari nanti awak panggil saya abang,” kata Ji Hoon teragak-agak.

         “ Saya bukan maksudkan yang saya nak paksa awak bercakap. Saya tak kisah dan saya terima kekurangan awak. Saya tak nak awak fikirkan perkara ni, okey?” kata Ji Hoon lagi sebaik sahaja melihat riak wajah Eun Hee berubah. Dia tahu yang Eun Hee terasa hati dengan apa yang dikatakan olehnya.

         Ji Hoon mengeluh. Pipi Eun Hee dielus perlahan. “ Abang nak Eun Hee hidup bahagia dengan abang tanpa memikirkan kekurangan Eun Hee, itu pinta abang.”

         Dia sudah menukar cara dia berbahasa dengan Eun Hee. Kata-kata Ji Hoon membuatkan Eun Hee senyum kembali. Dia mengangguk. Ji Hoon mengucup dahi isteri tercinta yang baru sahaja dikahwininya itu. Eun Hee tersenyum malu.

         Ji Hoon tergelak kecil. “ Pipi dah merah!”

         Usikan Ji Hoon semakin menambahkan merah pada pipinya. Lelaki itu tidak henti-henti mengusiknya. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia berjalan pergi tetapi Eun Hee mula sedar bahawa sekarang dia sedang diulit bahagia. Dan dia tidak mahu kebahagiaan itu lenyap dalam sekelip mata.

         “ Eh, tu mereka sudah sampai,” kata Ji Hoon. Bunyi hon kereta menarik tumpuan mereka. Mereka sama-sama melihat pada kereta mewah yang baru sahaja memasuki perkarangan gereja. Cermin kereta diturunkan. Pak Cik Nam Gil menjenguk dari dalam.

         “ Pengantin baru tak nak pulang lagi ke?” laung lelaki tua itu. Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo keluar daripada kereta. Ji Hoon tergelak kecil. Dia kembali memandang Eun Hee.

         “ Mari, kita pulang ke rumah kita.”

         Rumah kita. Dua patah perkataan itu mengundang rasa terharu gadis itu. Eun Hee sama sekali tidak menyangka bahawa dia akan mengahwini seorang lelaki yang baik seperti Ji Hoon. Perlahan-lahan, dia mengangguk. Ji Hoon menggamit dirinya berjalan ke kereta.

         “ Pak cik, mak cik. Kenalkan, inilah Eun Hee,” kata Ji Hoon kepada pasangan suami isteri tersebut. Eun Hee tunduk memberi hormat.

         “ Cantiknya isteri tuan. Mak cik dan pak cik doakan agar rumah tangga tuan akan kekal selamanya,” kata Mak Cik Yu Soo. Dia memeluk Eun Hee erat. Pak Cik Nam Gil mengangguk.

         “ Tuan jangan bimbang. Pak cik tak akan bocorkan hal ini sebelum tuan membocorkannya sendiri. Pak cik akan tolong tuan dalam hal ni,” kata lelaki tua itu. Mencurahkan bakti kepada anak majikannya.

         “ Terima kasih, pak cik. Terima kasih, mak cik.”

         Ji Hoon mengangguk lega. Dia teringatkan ibunya yang berada di Seoul. Sekarang ini bukan waktunya untuk dia muncul di hadapan ibunya dan memperkenalkan Eun Hee sebagai isterinya. Walaupun ibunya mengatakan tidak kisah dia berkahwin dengan sesiapa pun, tetapi masih ada sesuatu yang perlu dirisaukan Ji Hoon. Chae Rin. Dia yakin bahawa Chae Rin tidak akan melepaskannya dengan mudah.

2 salam untukku:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Yay! Dah kahwin :)
Best!

Unknown said...

fuh! hbis gak baca pnjng cte ni.. eh! ni smpai siri barapa? best la...

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs