My Status Now

offline
pliz komen ;D





Tuesday, March 30, 2010

Endless Love 21


JI HOON makin resah. Masalah berkaitan dengan perakaunan beberapa minggu lepas telah menjadi semakin teruk. Siasatan sudah dijalankan namun maklumat yang didapati langsung tidak membantu. Pak Cik Nam Gil juga tidak dapat mengesyaki suspek bagi kes ini. Seolah-olah segalanya dirancang dengan begitu rapi. Menurut pendapat Pak Cik Nam Gil, kes ini mungkin melibatkan orang dalam. 

         “ Pak cik tak boleh mengagak. Nampaknya, kita harus maklumkan perkara ni pada ibu tuan,” kata Pak Cik Nam Gil. Ji Hoon mengeluh. Dia memicit kepalanya. Pening mula terasa.

         “ Tak apalah, pak cik. Biar saya sendiri yang beritahu mak. Terima kasih sebab membantu.” Matanya dipejamkan seketika.

         “ Baiklah. Pak cik pergi dulu,” kata Pak Cik Nam Gil lagi.

         “ Selamat tinggal. Terima kasih sekali lagi,” perlahan saja suara Ji Hoon. Sebaik sahaja talian telefon diputuskan, dia hanya meletakkan telefon itu balik ke atas meja. Ji Hoon bersandar ke kerusi.

         Sepanjang hampir empat tahun dia bekerja dalam syarikat, inilah kali pertama dia tidak mampu menyelesaikan masalah. Kes ini dirancang dengan begitu rapi. Tidak mudah untuk menyiasat siapa dalang di sebaliknya. Ji Hoon harus mengakui kata-kata Pak Cik Nam Gil, memang benar ada orang dalam yang terlibat.

         Bunyi pintu diketuk mengalih perhatiannya. Jelas kelihatan Da Wei menerusi pintu separuh kaca itu. Ji Hoon mengangguk membenarkan sepupunya masuk. Pintu dikuak.

         “ Macam ada masalah teruk je. Kenapa?” tanya Da Wei sebaik sahaja dia masuk. Ji Hoon tersenyum lemah.

         “ Pasal masalah perakaunan kita. Aku dan Pak Cik Nam Gil cuba siasat tapi sampai sekarang tak tahu siapa yang terlibat. Nak tak nak, kena beritahu mak aku jugak. Bahaya kalau dia tahu daripada orang lain,” kata Ji Hoon. Da Wei mengangguk.

         “ Aku rasa ni kerja orang dalamlah. Kalau tak, macam mana boleh rapi je jenayah ni,” kata Da Wei.

         “ Pak Cik Nam Gil pun cakap macam tu jugak.”

         Fail tebal di hadapan dibuka. Ji Hoon kembali meneliti angka-angka yang tertera. Dia mengeluh sekali lagi. Jelas beban berat yang sedang ditanggung olehnya sekarang.

         “ Encik Han ada tanya apa-apa?” perlahan saja Ji Hoon bertanya. Matanya masih pada helaian kertas di hadapan. Da Wei menggeleng.

         “ Aku rasa dia tak perasan lagi. Musim cuti dah hampir, maksudnya kerja makin bertambah. Dah banyak tempahan bilik yang kita dapat. Aku rasa, lebih baik kita tumpukan pada soal tu dulu.”

         “ Aku serahkan pada kau soal layanan. Pening kepala aku tengah fikirkan soal ni,” kata Ji Hoon lagi. Dia kembali menyandar pada kerusi. Matanya dipejamkan.

         Kedengaran Da Wei ketawa kecil.

         “ Dia atau mereka yang terlibat dalam kes ni tentu tunggu peluang kau jadi makin lemah. Kau jangan patah semangat, biasalah kalau terjadi kes macam ni. Penggelapan wang syarikat bukannya isu biasa. Boleh dikatakan hampir semua syarikat di dunia ni pernah mengalami masalah tu,” ujar Da Wei. Ji Hoon menghela nafas. Matanya kembali dibuka.

         “ Aku nak ke pantai sekejap, nak tenangkan fikiran aku. Mungkin aku balik ke rumah terus.”

         Da Wei mengangguk sekilas. Dia bangun daripada duduknya.

         “ Pergilah. Waktu kerja pun dah lama habis cuma kau tu je yang terlebih rajin kerja lebih masa,” kata Da Wei. Ji Hoon tersengih.

         “ Aku pergi dulu.”

         Kot yang disangkut pada kerusi dicapai sebelum dia berjalan keluar pejabat. Da Wei menurut dari belakang namun arah yang dituju tidak sama. Ji Hoon terus ke ruang parkir kereta manakala Da Wei membelok ke kawasan penginapan.

         Ji Hoon mengeluh. Berat bebanan yang ditanggungnya sekarang. Dia tidak tahu kepada siapa harus dia mengadu. Jika dia menceritakan masalahnya kepada Eun Hee, pasti isterinya akan mula risau dan dia tidak mahu gadis itu bimbang. Sekarang, hanya ada seorang sahaja yang sedang difikirkan saat ini. Dia memandu menuju ke D’Amour Cafe.


ZACHARY masih seperti dahulu. Senang ketawa walau masalah yang dihadapi terasa berat dipikul bahu. Wajah Ji Hoon dipandang.

         “ Berat masalah kau tu. Nanti tak pasal-pasal kau pulak yang kena tuduh menggelapkan wang syarikat,” kata Zachary. Tawanya dimatikan.

         Ji Hoon mengangguk.

         “ Aku tak tahu pada siapa aku nak cerita. Kalau aku beritahu Eun Hee, dah tentu dia bimbang. Kalau boleh, membuat dia risau mengenai aku merupakan perkara terakhir yang akan aku buat,” kata Ji Hoon perlahan. Kopi diminum sedikit.

         Zachary ketawa lagi. “ Otak aku yang tengah fikirkan masalah kau ni tak ambil kira pula?”

         Mendengarkan usikan itu Ji Hoon ketawa perlahan. Cawan kopi diletak kembali. Matanya melihat pada air kopi yang berwarna hitam itu. Langsung tidak kelihatan cela dalam pekat air itu.

         “ Aku terfikir juga kenapa masalah ni melanda sekarang.”

         Zachary mengangguk perlahan.

         “ Biasalah dugaan dalam hidup. Hidup siapa yang tak diduga? Pasti ada dugaan yang akan melanda walaupun sebesar zarah. Walau Donald Trump yang kaya raya tu pun ada masalah dalam hidupnya,” kata Zachary berfalsafah. Ji Hoon ketawa. Pandai juga lelaki berbangsa Inggeris itu bermain kata.

         “ Kau tahu tak, sampai sekarang aku tak boleh selami apa yang Eun Hee rasa. Luarannya dia nampak bahagia tapi dalamnya, aku tak boleh jangka. Biarpun dia sering senyum tapi aku yakin dia masih fikirkan kenangan silam dia,” kata Ji Hoon perlahan.

         Ji Hoon teringat kembali pada malam Eun Hee duduk termenung. Jauh dalam sepasang mata itu, masih jelas kelihatan kesengsaraan yang pernah dialami gadis itu. Bukannya mudah buat seseorang untuk melupakan kenangan pahit.

         “ Kau kena yakin dengan isteri kau. Aku percaya suatu hari nanti dia mampu melupakan semuanya. Kau hanya perlu bersabar je. Kau pernah kata pada aku, hanya dia saja wanita yang ditakdirkan untuk kau. Kesabaran kau selama ni akan terbayar juga walaupun mengambil masa yang lama,” kata Zachary. Ji Hoon mengangguk.

         “ Aku langsung tak kesal dengan tindakan aku mengahwini dia. Eun Hee seorang isteri yang menurut kata dan aku yakin dia merupakan wanita yang tepat untuk aku. Aku bukannya nak paksa dia lupakan semuanya dalam masa terdekat, cukuplah jika dia luahkan, beritahu aku apa yang dia rasa. Setidak-tidaknya aku lega kerana dia berkongsi masalah dia dengan aku,” luah Ji Hoon lagi. Zachary ketawa kecil.

         “ Sabarlah. Aku rasa Eun Hee sama dengan kau. Tadi kau kata tak nak dia risaukan kau, jadi mungkin Eun Hee juga sama. Dia tak mahu kau bimbangkan dia.”

         Ji Hoon mengangguk mengiakan kata-kata Zachary. Mungkin apa yang dikatakan oleh Zachary itu benar.

         “ Berbalik pada masalah kau berkaitan syarikat, apa yang kau rancang nak lakukan lepas ni? Aku tak percaya kalau kau kata nak biarkan saja,” kata Zachary.

         “ Nak tak nak, aku terpaksa beritahu mak aku juga. Aku tak nak dia tahu daripada mulut orang lain. Biarlah aku yang beritahu. Selain tu, aku akan terus menyiasat.”

         Zachary mengangguk.

         “ Aku cuma boleh ucapkan selamat berjaya. Kalau nak tolong kau pun, aku bukannya mahir dengan sektor korporat ni. Kerja aku hanyalah sebagai chef pastri dan kek, bukannya pengurus syarikat macam kau.” Dalam berkata-kata Zachary sempat berseloroh. Ji Hoon ketawa.

         “ Aku rasa lebih baik aku pulang sekarang. Lama pula Eun Hee tunggu sorang-sorang kat rumah,” kata Ji Hoon lalu menuju ke kaunter. Zachary mengangguk.

         “ Hati-hati dalam perjalanan tu,” pesan Zachary. Ji Hoon mengangguk sekilas sebelum masuk ke dalam kereta. Zachary menghela nafas.


SIARAN televisyen dibiarkan begitu sahaja. Eun Hee lebih senang melayan perasaannya saat ini. Dia beralih ke tingkap. Masih tidak kelihatan kereta suaminya.

         Malam sudah menjengah namun Ji Hoon masih belum pulang. Eun Hee khuatir sesuatu yang buruk terjadi namun dia tidak pasti apa yang patut dilakukan. Sudah banyak kali dia menghantar mesej ke telefon bimbit Ji Hoon namun tiada satu pun yang dibalas.

         Mana Ji Hoon? Dah nak pukul 9 tapi tak pulang-pulang lagi, hatinya berdetik. Langsir dibuka seluas mungkin.

         Eun Hee tunduk merenung lantai. Tidak pernah Ji Hoon berkelakuan seperti ini. Jika ada sesuatu yang membuatkan dia lewat pulang, pasti Ji Hoon sudah lama menghubunginya tetapi kali ini langsung tiada.

         Pernah juga dia terfikir, adakah Ji Hoon akan selama-lamanya berada di sisinya. Dia bukannya seorang gadis yang sempurna dan lelaki itu lebih berhak mendapat wanita yang lebih baik daripadanya. Walaupun begitu, apabila dia memikirkan kembali bagaimana layanan lelaki itu terhadapnya, dengan pantas dia akan mengusir fikiran negatifnya. Ji Hoon terlalu lembut dengannya dan Eun Hee berasa bersalah kerana berterusan bersendirian melayan perasaan. Bukannya Eun Hee tidak tahu keinginan Ji Hoon untuk sama-sama menghadapi masalahnya.

         Pintu dibuka. Eun Hee menunggu di luar. Hawa semakin sejuk namun tidak diendahkan. Sekarang dia hanya memikirkan di mana suaminya berada. Risau memikirkan keberadaan lelaki itu. Eun Hee tersentak. Sorotan cahaya yang mengenai wajah mengalih perhatiannya.

         Eun Hee tersenyum lega. Kereta Ji Hoon sudah memasuki halaman rumah. Segera dia mendekati kereta itu sebaik lampu kereta dimatikan. Ji Hoon keluar daripada perut kereta.  

         “ Eun Hee, kenapa tunggu di sini? Sejuk kat luar ni,” kata Ji Hoon bimbang. Terkejut dia apabila melihat gadis itu berdiri di luar rumah dalam cuaca sejuk sebegini. Eun Hee menggeleng perlahan. Dia menguntum senyum kecil. Ji Hoon mengeluh.

         “ Maaf. Dah tentu Eun Hee risau sebab abang lewat pulang. Abang ada hal sikit tadi.” Dia memimpin tangan isterinya masuk ke dalam rumah.

         Ji Hoon duduk bersandar pada sofa di ruang tamu. Eun Hee ke dapur seketika dan kembali semula dengan segelas air. Lemah Ji Hoon menyambut huluran gelas itu.

         “ Terima kasih.”

         Air diteguk perlahan sebelum diletak di atas meja. Keluhan Ji Hoon kedengaran lagi dan ini semakin menambahkan kerisauan Eun Hee. Ini merupakan kali pertama dia melihat Ji Hoon dalam keadaan lemah sebegitu.

         Teragak-agak dia meletakkan tapak tangannya di atas tangan Ji Hoon. Ji Hoon tersentak. Dia melihat pada tangannya yang digenggam Eun Hee sebelum menatap wajah penuh kerisauan itu. Dia tersenyum.

         “ Kenapa risau sangat ni? Abang tak apa-apalah. Cuma ada masalah di pejabat sikit. Biasalah, hal syarikat,” katanya perlahan. Walau dia berkata sedemikian, wajah Eun Hee tidak menunjukkan perubahan. Tetap kelihatan risau.

         Perlahan dia menghela nafas. Eun Hee ditarik mendekati dia. Terkejut gadis itu dengan tindakan Ji Hoon secara tiba-tiba itu tetapi dia hanya membiarkan saja. Tambahan lagi, Ji Hoon bukannya siapa-siapa. Suaminya juga,

         “ Maaf.” Ucapan maaf diungkap lagi. Dia membenamkan wajah pada bahu Eun Hee.

         Eun Hee menarik nafas. Dia benar-benar risau. Diri Ji Hoon saat ini bukan seperti kebiasaan. Lelaki itu biasanya ceria sentiasa dan gemar mengusik dia tetapi kini, Ji Hoon tidak ubah seperti orang asing. Kelihatan kesunyian.

         “ Abang tahu Eun Hee risau. Maafkan abang,” ucap Ji Hoon lagi.

         Eun Hee menggeleng perlahan. Adakah masalah pejabat yang dikatakan oleh Ji Hoon sebentar tadi amat berat? Lelaki itu benar-benar kelihatan keletihan.

         “ Sudahlah, jangan risau. Abang naik atas dulu, ya? Abang nak mandi,” kata Ji Hoon seraya melepaskan pelukannya. Suaranya diceriakan sedikit. Eun Hee mengangguk.

         Ji Hoon naik ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka perlahan. Dia teringat kembali apa yang dia lakukan setelah keluar dari D’Amour Cafe. Dia tidak memandu terus ke rumah tetapi dia singgah di pantai dahulu.

         Lama dia berjalan menyusuri pantai sehingga matahari terbenam. Dari tempat dia memarkirkan kereta, dia berjalan sehingga ke tempat dia melamar Eun Hee dahulu. Ji Hoon duduk di situ sambil menyaksikan matahari terbenam. Masih dia ingat bagaimana limpahan cahaya sang suria mengenai permukaan lautan dan menghasilkan pemandangan yang cantik.

         Memang pada asalnya dia berhajat untuk terus pulang ke rumah tetapi apabila memikirkan balik masalah yang dihadapi dan juga Eun Hee yang masih gemar bersendirian, Ji Hoon mengambil keputusan untuk bersendirian dahulu. Namun dia sedar, dia tidak akan betah berlama-lama berseorangan. Dia tetap memerlukan Eun Hee di sisi.

4 salam untukku:

epy elina said...

hhhohoho....
crt Mkin mnarik....
sape ekkk yg nak musnahkan ji hoon....
sape msuh sbnr ji hoon...
adakah ada kaitan ngn pmbnhan kuarga eun hee....

akira_bita said...

erk?? laaa... spe pulak ni dalang nya?? lg susah apabila ji hoon tak kenal musuhnya.. susah tu.... harap2 eun hae sntiasalah berada di sisi suami yg terchenta.. hahahaha!!!!

sambung lg hana!! hahaha

Unknown said...

cerita awak makin lama makin menarik la... ha! sory la cte hantu sy x masukan nama awk? sbb sy tgk lama awk x update blog ingatkan awk berhenti blogging.. sory... :)

Unknown said...

to epy> fikir2kan la ye? ;D hehe

to akira> yup. harap2 Eun Hee kekal di suami terchenta :D huhu

to nick> owh. bkn bhenti blogging. cuma lama x bukak blog sbb balik ke hostel. skrang ni cuti kputeraan. sbb tu balik n' bleh on9.

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs