My Status Now

offline
pliz komen ;D





Tuesday, March 16, 2010

Endless Love 19


TANGAN yang basah dilap pada sehelai tuala kecil sebelum Eun Hee naik ke tingkat atas. Waktu sudah menunjukkan hampir pukul 8 tetapi masih tiada tanda-tanda bahawa suaminya sudah bangun daripada lena semalam.

         Eun Hee menjenguk ke dalam. Dia ketawa tanpa suara. Benar telahan dia tadi. Ji Hoon masih lena tidur. Barangkali keletihan kerana bekerja seharian setelah berminggu-minggu tidak bekerja.

         Dia menapak ke dalam secara berhati-hati. Eun Hee tersenyum geli hati. Ji Hoon sedang nyenyak tidur sambil memeluk patung beruang pemberian lelaki itu pada Eun Hee beberapa minggu lepas. Kelihatan comel sahaja.

         Bahu lelaki itu ditepuk perlahan. Ji Hoon menggeliat kecil apabila merasakan tidurnya diganggu. Eun Hee senyum lagi. Liat benar suaminya mahu bangun pagi ini.

         Ditepuk sekali lagi bahu suaminya. Ji Hoon mendengus kecil. Patung beruang itu dibawa melindungi muka. Eun Hee semakin geli hati. Dia masuk ke dalam bilik air. Segelas air dibawa keluar.

         Melihatkan Ji Hoon masih di tempat tidur, air itu dilap pada wajah itu. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia mencurah tetapi bimbang juga Eun Hee. Bukannya amarah Ji Hoon yang dibimbang, tetapi dia bimbang akan menjadi mangsa usikan Ji Hoon sebaik sahaja lelaki itu sedar nanti.

         “ A… apa ni?” tanya Ji Hoon mamai. Terasa wajahnya basah dengan air. Muka Eun Hee kabur dalam penglihatannya.

         Eun Hee tersenyum lagi. Air yang tinggal sedikit sahaja lagi dituang ke rambut Ji Hoon. Menjerit Ji Hoon dengan tindakannya itu.

         “ Ooo… pandai nak kenakan abang ya? Nak abang balas?” tanya Ji Hoon mengusik. Dia bangun lantas berdiri di atas katil.

         Pantas Eun Hee menggeleng. Dia mula tidak sedap hati. Ji Hoon dah buat gaya nak menerkamnya dan itu bukanlah satu petanda yang baik. Tanpa menunggu lagi Eun Hee terus berlari keluar bilik. Sergahan Ji Hoon menambahkan lagi kepantasan lariannya. Ji Hoon ketawa kecil.

         Jam dilihat sekali lalu. Patutlah Eun Hee berkeras mahu dia sedar, waktu sudah menunjukkan lebih pukul 8. Waktu untuk dia masuk ke pejabat tepat pukul 9. Ji Hoon ketawa dalam hati. Apa salahnya kalau bos masuk lewat?

         Tuala dicapai sebelum dia masuk ke dalam kamar mandi. Bunyi air jatuh ke lantai mula kedengaran. Seperti hari-hari ketika dia di Seoul, dia akan memulakan tugasan pejabatnya. Tetapi kali ini berlainan sedikit kerana dia bukannya berada di Seoul.

         Hampir seminggu berlalu semenjak dia memulakan kerjanya sebagai pengurus resort itu. Sering kali juga ibunya menelefon dia demi bertanyakan perihal resort itu.

         Selepas bersiap, segera dia menuruni tangga menuju ke dapur. Eun Hee kelihatan sibuk menyediakan sarapan pagi.

         “ Tahu pun takut tadi. Lain kali, buatlah macam tu kalau betul-betul nak abang geletek,” sakat Ji Hoon sebaik sahaja dia melabuhkan duduk. Eun Hee tersenyum sahaja.

         Akhbar yang diletakkan di atas meja diambil. Hampir semua muka surat dibelek namun tiada tajuk yang menarik perhatiannya. Sudahnya, dia hanya menanti Eun Heen siap menghidang makanan.

         Ji Hoon ketawa senang hati. Chae Rin sudah pulang ke Seoul dan dia berharap gadis itu akan kekal di situ tanpa datang ke Pulau Jeju lagi. Penerimaan baik ibunya terhadap Eun Hee juga menyenangkan hatinya. Tetapi, hidup siapa yang tidak dilanda masalah? Walau bahagia pun, pasti ada masalah yang akan menjengah.


DA WEI menunjukkan laporan akaun sebaik sahaja Ji Hoon melabuhkan duduk. Dia kehairanan lalu mencapai fail tebal itu. Wajah Da Wei kelihatan resah sahaja.

         “ Kenapa?” tanya Ji Hoon.

         Da Wei mengeluh. “ Cuba kau teliti betul-betul.

         Ji Hoon menurut sahaja. Wajah Da Wei kembali dilihat. Fail itu diletak di atas meja.

         “ Tak ada masalah pun. Apa masalahnya?” tanya Ji Hoon sekali lagi.

         “ Aku rasa laporan tu peliklah. Semakin hari nilai semakin menurun. Sepatutnya bertambah naik memandangkan perniagaan resort ni semakin baik. Aku risau kalau ada orang yang nak sabotaj kita,” luah Da Wei. Ji Hoon hanya ketawa mendengarkan masalah itu.

         “ Jangan gelabah. Biasanya memang begitulah, tambahan lagi resort ni masih baru beroperasi. Aku yakin masalah tak akan ke mana. Buat sementara ni kau jangan risaukan hal ni. Aku akan perhatikan setiap laporan yang akan datang, kau buat je kerja kau,” kata Ji Hoon. Walau dia berkata sedemikian wajah Da Wei masih jelas keresahan.

         “ Baik ke kita buat macam tu?”

         Ji Hoon ketawa. “ Kau tak payahlah risau. Aku sendiri yang akan pantau perkembangan laporan tu dan duit yang keluar masuk. Kalau keadaan ni berterusan, barulah kita akan ambil tindakan.”

         Da Wei mengangguk. Fail berkulit tebal itu diambil kembali.

         “ Kau tak nak beritahu mak kau ke?”

         Ji Hoon menggeleng. “ Biarkan dahulu. Ada apa-apa lagi?”

         “ Ada. Encik Han akan sampai ke sini tengah hari esok. Mulai lusa, dia akan sama-sama menguruskan resort ni tapi tugasnya terhad. Kau tetap pengurus utama resort ni,” beritahu Da Wei. Ji Hoon mengangguk. Kepada sepupunya itu dihadiahi dengan senyuman.

         “ Macam mana dengan penginapan dia? Kau dah sediakan?”

         Da Wei mengangguk. “ Encik Han kata dia nak tinggal di resort ni. Tambahan pula, dia sendiri masih belum arif dengan pulau ni.”

         Ketawa Ji Hoon meletus. Wajah Da Wei direnung. “ Dia bolehlah jadi kawan baik kau. Kau pun tinggal kat resort ni.

         Da Wei turut ketawa.

         Da Wei berkeras mahu menginap di resort ini walau Ji Hoon menawarkan bantuan untuk mencari sebuah kondominium atau rumah untuknya. Alasan Da Wei sama sahaja dengan Hyun Min, masih belum arif dengan selok belok di pulau ini. Ji Hoon hanya menurut sahaja permintaan sepupunya.

         “ Aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa, panggil je,” ujar Da Wei seraya bangun daripada kerusi. Ji Hoon mengangguk. Da Wei memberi tunduk hormat sebelum keluar dari pejabat itu.

         Sebaik sahaja lelaki itu keluar, Ji Hoon mengeluh berat. Di hadapan Da Wei dia menunjukkan bahawa tiada apa-apa yang perlu dirisaukan tetapi sebaik lelaki itu melangkah pergi, dia mula kerisauan. Dia memikirkan laporan akaun yang diberikan oleh Da Wei tadi. Walaupun tidak ketara, tetapi jika diteliti dengan baik jumlah wang kelihatan menurun dari hari ke hari. Adakah ini hanya kebetulan atau ada pihak tertentu yang ingin mensabotajnya, Ji Hoon tidak pasti. Apa yang pasti, dia perlu menyiasat hal ini tanpa melibatkan orang lain. Mungkin Pak Cik Nam Gil sahaja yang dapat membantunya.

         Ji Hoon terfikir juga, mungkin ada seseorang sedang menggelapkan wang syarikat tetapi kenapa dia atau mereka yang merancang perkara itu tidak melakukannya dengan teliti. Kenapa tidak palsukan sahaja laporan akaun? Atau, mungkin orang yang bertanggungjawab dalam hal ini memang sengaja mahu pihak atasan perasan akan hal ini demi menakutkan pihak atasan. Ji Hoon menggeleng perlahan. Apa pun, dia harus menyiasat perkara ini sebelum sampai ke pengetahuan ibunya.


LARIAN Ryu Min bertambah laju apabila melihat Eun Hee masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Senyumannya melebar. Pantas tubuh gadis itu dipeluk Ryu Min.

         “ Kak Eun Hee datang!”

         Eun Hee tersenyum sambil mengusap kepala Ryu Min. Dia melihat ke dalam rumah. Kelibat Pak Cik Dam Shik langsung tidak kelihatan di mana-mana. Nampaknya, lelaki itu semakin bekerja keras. Hari sudah petang namun Pak Cik Dam Shik masih belum pulang.

         “ Abang Ji Hoon tak datang ke, kak?” tanya Ryu Min. Meliar matanya melihat sekitar, mencari-cari lelaki itu. Eun Hee menggeleng. Dia memegang tangan Ryu Min dan masuk ke dalam rumah.

         Tiada yang berubah. Keadaan rumah ini sama seperti ketika dia meninggalkan rumah ini dahulu. Cuma kelihatan kotor sedikit.

         “ Rindunya Ryu Min pada Kak Eun Hee. Abang Ji Hoon pun satu, bukannya nak bawa Kak Eun Hee datang sini. Rasa nak pukul-pukul je dia tu,” bebel Ryu Min. Tersenyum Eun Hee mendengarkan rungutan itu.

         Biasanya Ji Hoon akan pulang ke rumah hampir pukul enam. Memandangkan sudah lama dia tidak menjenguk Ryu Min dan Pak Cik Dam Shik, dia meminta kebenaran suaminya untuk ke rumah Pak Cik Dam Shik. Setidak-tidaknya dia tidak berseorangan sahaja di rumah.

         “ Kak Eun Hee bawa apa?”

         Gadis kecil itu mula menyoal apabila melihat Eun Hee mengeluarkan sesuatu daripada beg kertas yang dibawa. Berseri-seri wajah kecil itu apabila Ryu Min jelas melihatnya.

         “ Cantiknya, Kak Eun Hee! Untuk Ryu Min ke?” tanya Ryu Min ceria. Eun Hee mengangguk.

         Dua helai gaun diberikan kepada gadis itu. Senyuman Ryu Min tambah melebar. Gaun yang diberikan itu memang cantik! Ada reben di bahagian belakang dan ropol di bahagian bawah. Sudah lama dia tidak mempunyai gaun seperti itu.

         Eun Hee senyum puas hati. Gaun itu dibeli ketika dia mengikut Ji Hoon untuk mencari gaun malam sempena majlis perasmian resort itu minggu lalu. Pada mulanya dia hanya membeli satu tetapi Ji Hoon berkeras mahu membelikan satu lagi buat Ryu Min. Dia juga ada membeli dua helai baju buat Pak Cik Dam Shik.

         Eun Hee bangun dan menuju ke dapur meninggalkan Ryu Min yang masih di ruang tamu. Penyapu diambil. Dia mahu membersihkan rumah itu. Pak Cik Dam Shik sibuk dengan kerjanya dan Ryu Min pula masih kecil. Walaupun Ryu Min seringkali membantunya membuat kerja rumah, tentu sukar buat gadis sekecil Ryu Min untuk melakukan semua kerja rumah.

         Bunyi benda jatuh di dalam semak di luar rumah menarik perhatian Eun Hee. Penyapu ditinggalkan. Pintu belakang dibuka luas. Eun Hee menjenguk ke luar. Dia masih belum menemui apa yang dicari.

         Seketika kemudian, bunyi seseorang berlari menyapa telinganya. Eun Hee tersentak. Dia menjenguk lagi. Dari kejauhan, dia nampak ada seorang lelaki memanjat pagar untuk keluar. Dia mula menggigil ketakutan.

         Eun Hee tidak cam siapa lelaki itu. Tetapi, nampaknya lelaki itu mempunyai niat buruk, jika tidak kenapa dia mesti memanjat pagar untuk keluar? Persoalan sekarang, siapa lelaki itu dan apa niatnya.

         “ Kak Eun Hee?”

         Sapaan Ryu Min mengejutkan Eun Hee. Lekas dia menoleh ke belakang. Ryu Min sudah berada di belakangnya.

         “ Kenapa? Ryu Min dengar ada benda jatuh tadi,” soal Ryu Min.

         Eun Hee menggeleng perlahan. Dia tidak mahu Ryu Min memikirkan perkara yang bukan-bukan. Lebih baik dia diamkan diri dahulu. Eun Hee tidak mahu menakutkan Ryu Min jika gadis kecil itu mengetahui apa yang sedang dirisaukannya sekarang.

         Bahu Ryu Min dipaut. Dia membawa gadis itu ke ruang tamu. Ryu Min masih kebingungan namun melihat wajah kakak sepupunya yang kelihatan terlalu risau, dia tidak jadi untuk menyoal. Pasti ada sebab kenapa gadis itu mahu merahsiakannya.

         Eun Hee mengajak Ryu Min tidur di rumahnya pada malam ini. Dia risau jika Pak Cik Dam Shik lewat pulang, Ryu Min akan bersendirian sahaja di rumah. Bagaimana jika lelaki yang dilihatnya tadi kembali? Tiada siapa yang dapat menduga apa yang akan berlaku.

9 salam untukku:

epy elina said...

sape ekkk org 2...
mst ada kaitan ngn kes kmatian kuarga eun hee....
crta smkin mnrik...

ஜ Arza Far ஜ said...

Hana yang Hyun Min tu Hana ambik watak dlm Hanakimi ker??
yang jadi Nanba Senpai tu ek??
Nanba Minami??
and lg satu saper ek nmer wtk utama cerita ni.(nama sbenar..)
heheheh...:)

Unknown said...

to Amethyst Gurlz> tu bkn Mizushima Hiro yg bawak watak Nanba Senpai tp tu Matsumoto Jun a.k.a. MatsuJun. MatsuJun tu jd hero dlm citer Hana Yori Dango n' dia lead vocal grup Arashi. yg Ji Hoon tu plak, real name Lee Jun Ki. hero citer Iljimae n' Hero.

Unknown said...

bkn2. tu bkn Mizushima Hiro yg jd Nanba Senpai tp tu Matsumoto Jun a.k.a. MatsuJun. dia lead vocal grup Arashi. hero citer Hana Yori Dango. yg jadi Ji Hoon tu plak Lee Jun Ki, hero citer Iljimae n' Hero

ஜ Arza Far ஜ said...

oo..muker diorang lbh kurang samer arr..
hahahha..
thanx..
mehkasih...
Hana mnt DBSK ek??
yg mner satu??

akira_bita said...

ergh!! geramnya!! biar jelah dorg bahagia... huhuhu... tp klo takde masalah tak ummpph!! pulak kan.. heheheh teruskan hana... setia menanti!!

Unknown said...

to Amethyst Gurlz> haah, minat sgt. lgu dioarang dlm 150++ hana ada. vid, pic sume tu ;D..
dlm TVXQ hana minat U-know Yunho..

to akira_bita> setuju2. kena jugak ada probs

ஜ Arza Far ஜ said...

ooo..
sye mnt Hero..
Hana ader dgr cerita yg Hero tu ank angkat??
dan lg satu..
ader gossip psl die dgn Jessica(SNSD)..
Ader jugak sye thu yg Jessica dan Hero pki cincin yg samer..
lgi satu..
ader khabar Jessica dgn Micky...
tahlah x braper pasti..
ader ckp Micky ader ckp Donghae tp yg pasti ader gamba bukti..
sye raser Micky(DBSK)..

Unknown said...

owh..
dh tau pasal anak angkat tu..
hana ada jumpa gamba hero amik pic ngan real family dia tp bila tgok muka dia, nmpak blurr je...
yelah, tntu dia marah sbb family angkat dia pon susah tp ttap jaga dia..
bila dh famous, baru thegeh-hegeh nak cari balik..

pasal cincin tu pon hana dh tahu..
tp hana ada jumpa gamba micky ngan jessica kiss
geli btul, time tu hana ngah cari gamba jessica, ingat nak amik jd watak second heroin tp x jd

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs