My Status Now

offline
pliz komen ;D





Friday, January 29, 2010

Endless Love 12


“ PAK CIK pergi dulu. Jaga diri tuan dan puan baik-baik,” kata Pak Cik Nam Gil perlahan. Wajah pengantin baru di hadapannya dipandang sayu. Entah kenapa dia mesti berperasaan sedemikian.

         Ji Hoon mengangguk. Kejap pautannya di bahu Eun Hee. Raut Pak Cik Nam Gil yang kelihatan gelisah meresahkan dia. Seperti ada sesuatu yang menganggu lelaki itu. Dalam perjalanan ke lapangan terbang lagi wajah itu kelihatan resah. Mahu bertanya, suaranya tidak terkeluar.

         “ Pak cik tak payah bimbang. Kami akan jaga diri baik-baik. Saya akan selalu telefon pak cik,” janji Ji Hoon. Pak Cik Nam Gil tunduk. Isterinya menyentuh lengannya sebelum melihat pasangan muda berkenaan.

         “ Kamu tak payahlah risaukan pak cik kamu ni. Mak cik dan pak cik masuk ke balai berlepas dahulu. Kami dah nak bertolak ni.” Wanita itu memeluk Eun Hee sebelum kembali memandang Ji Hoon. Ji Hoon memejamkan matanya sebelum menghela nafas.

         “ Saya minta jangan dihebohkan perkara ni. Suatu hari nanti mak saya akan ke pulau ini juga disebabkan urusan syarikat. Jika sudah sampai masanya untuk dia tahu, saya tak akan menyorok lagi. Buat masa sekarang, senyap sahaja,” pesan Ji Hoon. Dia tahu bahawa Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo boleh dipercayai tetapi dia tetap gusar.

         “ Kami pergi dulu.”

         Suami isteri tersebut melangkah masuk ke balai berlepas dan hilang dalam lautan manusia. Entah kenapa Ji Hoon merasakan berat hati untuk melihat pasangan itu pergi. Adakah ini suatu petanda buruk? Dia sendiri tidak tahu. Mungkin ini cuma mainan perasaan dia sahaja. Ji Hoon kembali memandang isterinya. Bahu Eun Hee dipaut erat.

         “ Mari kita pulang.”

         Eun Hee mengangguk. Tutur Ji Hoon padanya sentiasa lembut. Walaupun mereka berdua tidak boleh berkomunikasi seperti kebanyakan pasangan lain, suaminya itu langsung tidak kisah. Hanya anggukkan dan gelengan Eun Hee sahaja sudah memadai buat lelaki itu. Kecuali jika ada sesuatu yang penting sahaja, Eun Hee akan menulis pada kertas.

         Navigator diaktifkan kembali. Seperti kebiasaan, panggilan ibunya berderet di dalam Received Calls. Ji Hoon langsung tiada hati untuk menjawab panggilan tersebut. Biarlah masa yang menentukan semuanya. Kereta meluncur laju di atas jalan raya yang masih lengang.


HELAIAN kertas diletakkan di hadapan. Kerutan muncul di dahi. Wajah bapanya direnung. Hyun Min tersenyum sinis. Kertas-kertas itu langsung tidak disentuh.

         “ Apa pula ni?” soalnya dingin.

         Presiden Han merenung ke luar tingkap. Kaca matanya dibetulkan sebelum dia bersuara. Dia berdehem. Wajah si anak direnung tepat.

         “ Kamu tak nak balik ke rumah?” Pertanyaan Hyun Min dijawab dengan pertanyaan juga oleh bapanya. Hyun Min diam serta merta.

         “ Takkan kamu tak nak pulang langsung ke rumah? Tak rindukan keluarga kamu?” Soalan Presiden Han menyimpang jauh daripada soal kerja. Soalan peribadi lebih kepada kekeluargaan diajukan. Hyun Min ketawa. Sinis bunyinya.

         “ Kertas-kertas ni ada kaitan dengan resort kita di Pulau Jeju ke?” Pertanyaan bapanya tidak dibalas. Perhatian dia lebih kepada helaian kertas putih bercetak tersebut.

         Keluhan Presiden Han menyapa cuping telinganya. Hyun Min hanya mendiamkan diri dan menunggu sahaja bapanya menjawab soalan. Dia masih belum bersedia untuk menjawab soalan berunsur peribadi. Dia tahu apa yang bapanya mahukan.

         “ Semuanya ada kaitan dengan resort tu...”, Presiden Han mengalah. Dia terus menjawab soalan anaknya. Malas mahu menimbulkan persengketaan, “ ...ayah nak kamu ke Pulau Jeju dan hadiri perasmian tersebut. Presiden Park daripada Royal Imperial Group telefon ayah, dia kata buat masa sekarang anak lelakinya tidak boleh menguruskan resort tersebut kerana ada sedikit hal. Ayah nak kamu uruskan resort tu sehingga anak lelaki Presiden Park bersedia untuk uruskannya.”

         Macam mana lelaki tu nak uruskan kalau sampai sekarang tak keluar dari persembunyian dia?, hatinya berkata-kata. Namun Hyun Min langsung tidak menzahirkan setiap patah kata hatinya. Dia hanya mengangguk sebelum mengambil helaian kertas tersebut. Kakinya mahu sahaja melangkah pergi sebelum ditahan oleh bapanya.

         “ Sampai bila kamu nak macam ni?” tanya lelaki bergelar bapa itu. Hyun Min tetap memilih untuk membisu.

         “ Sampai bila kamu nak mengelak daripada keluarga kamu? Kamu kerja dengan ayah dan akan hadap muka ayah selama waktu kerja. Kamu tak boleh ke pulang ke rumah sebentar untuk jenguk mak kamu, adik kamu? Susah sangat ke?”

         Luahan bapanya langsung tidak dihiraukan. Malas mendengar lebih lanjut, dia terus keluar dari bilik itu. Presiden Han mengeluh berat. Sukar benar mahu memahami isi hati anak sulungnya itu.


 
         Hyun Min menghempas kertas tersebut di atas meja. Helaian kertas yang jatuh ke lantai tidak dipedulikan. Dia lebih senang melayan perasaannya sahaja buat masa sekarang. Hatinya sakit tiba-tiba. Apabila memikirkan soal keluarga, dia akan berubah sikap. Memikirkan keluarganya yang tidak seperti keluarga orang lain, dadanya akan terasa sesak tiba-tiba.

         Beberapa kali dia meraup wajah. Fikirannya kusut kala ini. Pertanyaan bapanya menjengah minda. Wajah ibu dan adiknya pula terbayang. Hyun Min langsung tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya.

         Jika dia pulang ke rumah pun, bukannya ada sesiapa yang menanti dirinya kecuali pembantu rumahnya sejak dia kecil lagi. Bapanya sibuk dengan urusan syarikat manakala ibunya sentiasa tiada di rumah kerana mengikuti rakan-rakan setaraf ke majlis-majlis yang kononnya sesuai dengan status mereka. Adik perempuan Hyun Min pula lebih suka memerap di dalam bilik dan berbual-bual dengan kawan-kawannya melalui telefon. Daripada membuang masa pulang ke rumah yang sepi itu, lebih baik dia tinggal sendiri di rumah miliknya.  

         Hyun Min kembali duduk. Televisyen bersaiz sederhana yang ditempatkan di dalam pejabatnya dibuka. Kebetulan ada berita tergempar yang disiarkan pada waktu ini. Lebih baik dia melayan perkembangan dunia terkini daripada mengusutkan fikiran memikirkan kerenah keluarga.


NAFAS Ji Hoon tersekat di kerongkong. Liur yang ditelan terasa berpasir. Matanya langsung tidak beralih daripada skrin televisyen. Eun Hee yang berada di sisi turut kelihatan cemas. Apa yang disampaikan oleh pemberita itu mengejutkan mereka berdua. Lebih-lebih lagi Ji Hoon.

         “ Tolong cakap yang ni semua bohong… tolong…” Ji Hoon bersuara lemah. Lembut tangan Eun Hee mencengkam lengannya. Cuba memberi kekuatan buat lelaki itu. Peluh membasahi wajah. Ji Hoon terduduk di atas sofa. Pandangannya masih pada kaca televisyen.

“ Seawal pukul 10 pagi lagi, suatu tragedi yang merampas 50 nyawa telah terjadi. Kapal terbang yang berada dalam perjalanan ke Seoul telah terhempas ke dalam laut dan mengorbankan 45 nyawa penumpang dan 5 kaki tangan yang berada di dalamnya. Dipercayai kapal terbang yang terhempas itu telah mengalami masalah di bahagian enjin. Setakat ini, pasukan penyelamat masih belum dapat mencari mayat-mayat penumpang yang telah terkorban dan...”

         Tangannya meraup wajah. Berjuta penyesalan menusuk hati. Wajah Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo menjengah minda. Patutlah hatinya berasa kurang enak sejak pagi tadi lagi. Patutlah hatinya begitu berat untuk melepaskan mereka pergi. Rupa-rupanya, semua itu merupakan petanda bagi tragedi ini. Tragedi yang meragut nyawa pasangan itu.

         “ Abang tak patut jemput mereka ke sini… abang tak patut…” Matanya merah membengkak menahan air mata daripada mengalir tetapi usahanya tidak berhasil. Mencurah-curah air matanya menuruni pipi. Dia benar-benar menyesal. Kenapa semua ini boleh terjadi? Kenapa? Adakah kebahagiaan dia sekarang harus dibayar dengan satu derita?

         Baru sahaja semalam, dia bergembira dengan hari perkahwinan dia. Hari ini, dia bersedih kerana nyawa Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo melayang begitu sahaja.  Kenapa ini yang harus berlaku?
         “ Abang tak patut jemput mereka ke sini… kalau tak, perkara ni takkan terjadi...” ulangnya lagi. Nada sayu yang dituturkan suaminya meruntun perasaan Eun Hee. Dia tahu perasaan kehilangan orang yang dikasihi. Dia sudah mengalaminya dulu. Dua kali.

         Perlahan dia menarik wajah Ji Hoon pada bahunya. Basah bahu kerana air mata Ji Hoon yang deras mengalir keluar dibiarkan sahaja. Apa yang penting sekarang kesedihan Ji Hoon mesti diubati. Bagi Eun Hee, itu merupakan tugas seorang isteri.

         Ji Hoon tenggelam dalam kesedihan. Eun Hee masih setia di sisi. Kepala Ji Hoon diusap berulang kali sehingga lelaki itu terlena. Permukaan jam dikerling sekilas. Baru pukul 11.30 pagi. Hujan sudah turun menyimbahi bumi. Mungkin turut sama bersedih dengan apa yang telah berlaku. Eun Hee langsung tidak menjangka perkara seperti ini akan terjadi.

         Kasihan suamiku..., desis hatinya. Wajah Ji Hoon yang sedang lena ditatap. Bagaikan bayi yang sedang tidur wajah itu sekarang. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Hangat dan menyenangkan. Namun begitu, sisa air mata masih melekat pada wajah Ji Hoon.  Jelas sekali lelaki itu tidak dapat menanggung  lara hatinya.  

         Bunyi loceng pintu ditekan menyedarkan Eun Hee daripada lamunan. Apa yang dibayangkan berkecai dan pergi bagaikan angin lalu. Dia memandang ke arah pintu rumah. Siapa agaknya yang datang? Takkan Ryu Min pula, dia tertanya-tanya. Kepala Ji Hoon dibawa ke sayap sofa. Perlahan-lahan dia melakukannya, bimbang jika suaminya terjaga.

         Tombol pintu dipulas. Luas muka pintu terbuka di hadapan. Saat dia melihat siapa yang berdiri di depannya, dia terkaku. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia menggosok mata berulang kali. Rasanya, matanya masih berfungsi dengan baik. Kalau begitu, kenapa dia nampak...

         “ Puan, kenapa dengan puan?”

         Sapaan Mak Cik Yu Soo membenarkan apa yang dilihatnya sekarang. Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo berada di hadapannya sekarang! Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kalau betul, kenapa mereka tidak terlibat dalam nahas udara itu? Mungkin mereka tidak menaikinya, Eun Hee memberi andaian.

         “ Maaf terkejutkan puan, kami…”

         “ Apa yang kecoh-kecoh kat luar tu?” Suara Ji Hoon muncul di belakang. Eun Hee menoleh. Lelaki itu sedang menekup muka dengan tangan. Pastinya bunyi loceng tadi telah menganggu lena lelaki itu.

         Lengan lelaki itu dipaut. Tangan Ji Hoon dibawa ke sisi. Seperti juga Eun Hee, lelaki itu kaku di tempatnya sebaik sahaja melihat pasangan itu. Matanya terbeliak. Mulut pula terlopong. Pak Cik Nam Gil yang sudah kehairanan menepuk tangan tepat di hadapan muka Ji Hoon.

         “ Tuan, kenapa ni?

         Ji Hoon tetap tidak bersuara. Terasa lidahnya kelu. Benar ke apa yang dilihatnya sekarang? Tuhan, benar ke ini semua? Betul ke?
        
         “ Tuan, kenapa ni? Macam nampak…”

         Kali ini giliran Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo pula yang terkejut. Begitu juga dengan Eun Hee. Mata mereka fokus pada tubuh Ji Hoon yang sudah kaku di atas lantai. Mungkin kerana terlalu terkejut, lelaki itu pengsan. 


         “ Kenapa dengan tuan ni, puan? Tiba-tiba je jatuh pengsan,” tanya Pak Cik Nam Gil cemas sebelum dia meraih sebelah lengan Ji Hoon. Mahu mengimbangi tubuh lelaki itu sebelum dibawa ke sofa di ruang tamu. Mak Cik Yu Soo dan Eun Hee turut membantu.

         Eun Hee tidak tahu apa yang patut dilakukan. Dia mengalih perhatian pasangan tersebut kepada berita nahas udara yang masih disiarkan. Lama mata mereka pada kaca televisyen dan telinga mereka fokus pada berita yang disiarkan sebelum ketawa Pak Cik Nam Gil meletus keluar.

         “ Ni mesti kes fikir kami dah mati, kalau tak takkanlah jadi macam ni.” Terbahak-bahak lelaki itu ketawa lalu menyedarkan Ji Hoon daripada pengsan. Eun Hee membantu suaminya duduk sebelum beralih ke dapur. Biarlah suaminya berbicara dengan pasangan itu. Dia tidak mahu menganggu.

         “ Tuan fikir kami dah mati ke?” Belakang Ji Hoon ditepuk kuat. Ketawa Pak Cik Nam Gil masih belum berhenti. Cuitan isterinya tidak dipedulikan. Geli sungguh hatinya. Mencemik muka Ji Hoon dengan usikan itu walaupun dalam hatinya dia benar-benar bersyukur kerana mereka berdua masih lagi bernyawa.

         “ Pak cik janganlah cakap macam tu,” katanya. Muka berkerut masam. Walaupun mukanya dah terlebih masam daripada kimchi yang dah berminggu-minggu dibiarkan begitu sahaja, lelaki itu masih mengetawakan dirinya. Tiada langsung tanda-tanda mahu berhenti.

         “ Yelah, yelah. Pak cik tak ketawakan tuan lagi,” kata Pak Cik Nam Gil dengan sisa ketawanya. Parah pula kalau Ji Hoon merajuk walaupun dia tahu lelaki itu jarang berkelakuan sebegitu. Nanti Eun Hee juga yang kena pujuk. Dia hanya ketawa di dalam hati.

         Ketawa Ji Hoon keluar juga. Buang masa sahaja kalau dia nak merajuk. Dia bukannya budak kecil lagi yang akan merajuk jika kemahuan tidak dipenuhi. Dia sudah dewasa dan matang kini. Wajah Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo di hadapannya dilihat silih berganti.

         “ Saya betul-betul takut masa berita tu diumumkan. Kalaulah pak cik dan mak cik maut dalam kemalangan tu, sayalah orang yang paling menyesal.” Bunyi gelas diletakkan di atas meja mengalih perhatiannya. Eun Hee muncul dari dapur dan menatang sedulang minuman. Gadis itu mempelawa pasangan tersebut dengan minuman yang disediakan.

         “ Mungkin masih belum masanya mak cik dan pak cik mati, sebab tulah kami terlepas daripada menaiki kapal terbang tu,” tutur Mak Cik Yu Soo lembut sebelum minum teh yang disediakan. Ji Hoon mengangguk setuju.

         “ Tapi, kenapa pak cik dan mak cik tak naik kapal terbang tu?” Menimbulkan kemusykilan apabila melihat Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo masih di Pulau Jeju. Sepatutnya mereka dah berangkat ke Seoul pagi tadi lagi.

         “ Oh, yang tu…” Pak Cik Nam Gil menekup mulut menahan tawa, semakin menambahkan kehairanan Ji Hoon. Kenapa pula ni?

         “ Sebenarnya, kami tertinggal tiket penerbangan. Masa nak masuk ke dalam balai berlepas barulah perasan. Kami terus ke sini, tapi jalan sesak sebab hujan. Tak tahu pula yang kapal terbang tu terhempas,” terang Mak Cik Yu Soo. Jika mahu menunggu suaminya yang menjawab soalan itu, sampai malam menjelang pun belum tentu soalan Ji Hoon akan terjawab. Lelaki itu sedang leka ketawa.

         “ Ouch!”

         Cubitan Mak Cik Yu Soo di bahunya mematikan tawa Pak Cik Nam Gil. Lelaki itu berpura-pura memandang marah. Mak Cik Yu Soo langsung tidak gentar dengan renungan itu. Hampir 40 tahun mereka hidup bersama, masakan dia masih belum mengenali suaminya yang kuat lelucon itu?

         “ Sudah-sudahlah ketawa tu! Malu sikit dengan tuan dengan puan,” tegur Mak Cik Yu Soo. Pak Cik Nam Gil hanya tersengih. Langsung tidak terkesan dengan teguran isterinya. Ji Hoon dan Eun Hee yang menyaksikan ‘ pentengkaran ’ mereka hanya mengukir senyum. Kebahagiaan pasangan itu terserlah walaupun sudah lama berkahwin.

         “ Cukuplah, pak cik. Kesian saya tengok mak cik marah-marah macam tu,” ujar Ji Hoon cuba meleraikan ‘ pentengkaran ’ itu. Kini, dia pula yang ingin ketawa. Lega hatinya melihat kedua-dua orang yang disayanginya selamat. Tiada apa yang menggembirakan dia hari ini selain daripada itu.

         “ Jadi, bila pak cik dan mak cik nak balik ke Seoul. Kalau pak cik nak, saya boleh belikan tiket penerbangan untuk hari ni.” Wajah Pak Cik Nam Gil direnung. Kasihan juga jikalau lelaki itu dimarahi ibunya kerana tiada di Seoul. Jika ibunya hanya marah kerana itu sahaja, tiada apa-apa lagi. Tapi, kalau ibunya menanyakan sebab ketiadaan Pak Cik Nam Gil di Seoul, macam mana? Haru kalau ibunya tahu sebab ketiadaan lelaki itu di Seoul kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan anaknya yang menghilangkan diri. Boleh masuk hospital ibunya kerana terkejut.

         Mak Cik Yu Soo menggeleng. “ Tak payahlah, tuan. Kami boleh pulang esok. Kalau tuan risau pasal ibu tuan, tak perlulah. Kami dah telefon Presiden Park dan beritahu kami tak ada di Seoul buat masa sekarang.”

         “ Baguslah kalau macam tu. Tapi, mak cik cakap apa pada mak saya?” tanya Ji Hoon. Sebelah tangannya menarik Eun Hee agar duduk di sebelahnya walaupun matanya tidak lari daripada memandang Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo.

         “ Pak cik cakap kami kena hadiri majlis perkahwinan anak saudara pak cik yang dah lama tak jumpa. Presiden tak cakap apa-apa.” Kata-kata Pak Cik Nam Gil melegakan Ji Hoon.

         “ Terima kasih, pak cik, mak cik.”

         Pak Cik Nam Gil mengangguk. Sudah lama dia berkhidmat dengan keluarga Park, sebelum dia berkahwin dengan isterinya lagi. Tidak terkira bakti yang dicurahkan buat keluarga itu tanpa memecahkan kesetiaannya. Bukannya tiada tawaran kerja lain yang datang dengan gaji yang lebih lumayan, cuma dirasakan khidmatnya hanya untuk keluarga itu sehingga akhir hayat. Apatah lagi, ibu bapa Ji Hoon melayan dia dengan baik sepanjang tempoh perkhidmatannya.

         “ Eun Hee, tolong bawa Pak Cik Nam Gil dan Mak Cik Yu Soo ke bilik mereka. Biar mereka berehat dahulu,” pinta Ji Hoon. Eun Hee mengangguk. Dia mengambil beg di tangan Mak Cik Yu Soo namun dihalang wanita itu.

         “ Tak perlulah. Mak cik boleh naik sendiri. Mak cik tahu puan sibuk di dapur,” kata Mak Cik Yu Soo lembut. Wanita itu berlalu naik ke tingkat atas dengan beg di tangan. Eun Hee hanya akur sahaja. Dia berpaling ke arah Ji Hoon sambil tangannya menunjuk ke arah dapur. Ji Hoon mengangguk. Tentu isterinya mahu menyediakan makan tengah hari.

         “ Pergilah. Abang dan Pak Cik Nam Gil duduk di beranda, ye?”

         Eun Hee tunduk hormat sebelum berjalan ke dapur. Dia mahu menyediakan makan tengah hari. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Sedikit terlewat daripada kebiasaan.

         “ Pak cik,” Ji Hoon kembali menghadap lelaki itu, dia bangun daripada sofa, “ ... mari kita duduk kat beranda. Syok sikit sejuk-sejuk macam ni,” pelawa Ji Hoon. Pak Cik Nam Gil bersetuju. Mereka berdua berjalan ke beranda rumah yang menghadap kolam renang banglo putih itu.

         “ Emm… macam mana dengan puan? Dia okey dengan suasana baru?” Pak Cik Nam Gil melontarkan pertanyaan sebaik sahaja melabuhkan punggung. Wajah Ji Hoon ditenung lama cuba mencari jawapan. Lelaki muda itu hanya mengangguk. Bibirnya mengukir senyum.

         “ Biasalah, suasana baru. Tentu kena ambil masa sebelum dapat menyesuaikan diri,” jelas Ji Hoon. Dia melontar pandangan pada air kolam yang berkocak perlahan kerana hujan. Teringat bagaimana merah muka Eun Hee apabila mereka ingin tidur. Sudahnya, dia terpaksa menarik gadis itu dan memberitahu tiada apa-apa yang perlu ditakutkan.

         “ Tuan…” Panggilan Pak Cik Nam Gil mengecaikan lamunannya. Dia kembali berhadapan dengan lelaki itu. Pergi sudah semua memori yang melucukan semalam.

         “ Pasal resort tu, tuan betul-betul ke tak kisah kalau ibu tuan dapat tahu?” Soalan Pak Cik Nam Gil dirasakan menganggu mood cerianya. Wajahnya berubah serius.

         “ Ya. Saya tak akan berganjak daripada keputusan saya. Kalau nak diikutkan, ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum majlis perasmian resort tu, kan?”

         Lelaki tua itu mengangguk. Pak Cik Nam Gil turut terlibat dalam projek ini malahan dia juga akan menyertai perasmian resort tersebut. Penglibatan lelaki itu dalam beribu-ribu acara yang berkaitan dengan syarikat telah memahirkan Pak Cik Nam Gil dan kerana kelebihan itulah, pihak pengurusan syarikat akan memasukkan dia dalam mana-mana projek syarikat. Tidak kira yang biasa atau bertaraf global.

         “ Pak cik tolong beritahu saya tarikhnya, ya?” pinta Ji Hoon. Senang sikit baginya jika berlaku apa-apa.

         “ Baiklah.”

p/s: n3 ni rasa cam ngarut sket. tp, hana nak mintak tolong korang bukak blog ni n' baca n3 yg title ada apa ngan AJL 24 ( mkin dah ada yg tau ), Jejaki Tinggalan Rasul

5 salam untukku:

Unknown said...

eh! cte ni cte psl cinta jer? ade romantik sikit ha! awk xnk ke masukan seram ker?? klu awk nk plakon2 hantu sy ade.. heheeheheheh

Unknown said...

hehe. nama lg citer cinta. juz suspen je..

Ara Ali Fath said...

yg pasal blog jejak tinggalan rasul tu akak mmg bru taw arini...thanks coz berkongsi maklumat...xtaw plak msia skrg tgh bncg isu pns mcm tu...hoho...btw, akak bru bce cte endless love nie...not bad la...bkn pe, cte ok dh tp akak xske ngn lee jun ki a.k.a ji hoon 2..haha

Unknown said...

iye?
hehe ;D
tp hana suka tgok dia
kiut
tp kiut u-know lagi :D

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs