My Status Now

offline
pliz komen ;D





Friday, December 11, 2009

Endless Love 5


KOPI yang masih panas itu diminum sedikit sebelum diletakkan kembali. Roti bakar menteganya juga tidak disentuh langsung. Zachary yang berada di hadapannya tersengih. Pada pagi-pagi begini memang tidak ramai pelanggan yang datang. Ini membolehkan dia duduk bersembang dengan Ji Hoon.

         “ Kenapa ni?” tanya Zachary dengan pelat Inggerisnya yang masih pekat. Dari tadi lagi Ji Hoon kelihatan tidak bermaya. Sahabat barunya ini kelihatan seperti mempunyai masalah. Ji Hoon mengeluh.

         “ Kau pernah jatuh cinta ke, Zack?” tanya Ji Hoon.

         Zachary mula ketawa. “ Kenapa tanya soalan macam tu?”

         Terkejut dia dengan soalan Ji Hoon. Mengagak daripada soalan yang dikemukakan, tentu Ji Hoon ada masalah dalam percintaan. Jika tidak, kenapa mesti dia menyoal soalan sedemikian.

         “ Beritahulah aku kalau kau ada masalah,” kata Zachary lagi.

         “ Apa perasaan kau kalau… orang yang kau cintai menderita?”

         Zachary ketawa sekali lagi. “ Dah tentulah aku sedih. Kalau boleh, aku nak hilangkan penderitaan dia. Tak ada siapa yang sanggup tengok orang yang mereka kasihi menderita. Tapi, enapa kau tanya soalan macam ni?”

         Soalan Zachary tidak dijawab langsung sebaliknya, Ji Hoon terus menyoal. “ Macam mana kalau gadis yang kita cintai ada kekurangan? Kau terima tak?”

         Sejak malam tadi tidurnya langsung tidak lena. Dia teringatkan apa yang terjadi semalam. Dia teringatkan hakikat bahawa Eun Hee tidak boleh bercakap. Dia mula keliru. Adakah dia masih cintakan Eun Hee setelah mendapat tahu bahawa gadis itu mempunyai kekurangan?

         “ Mestilah aku terima. Tapi, kenapa kau tanya soalan macam ni? Cuba beritahu aku dulu. Manalah tahu aku boleh tolong?” gesa Zachary lagi. Hairan betul dia dengan Ji Hoon hari ini. Soalan tentang cinta dikemukakan malah wajahnya juga muram. Ada sesuatu yang tidak baik berlaku ke?

         “ Aku sukakan seorang gadis ni. Tapi, hidup dia tragik. Sehinggakan dia trauma dan tidak mahu bercakap,” cerita Ji Hoon. Suaranya sayu. Dia meraup wajahnya berukang kali. Mukanya kusut.

         Zachary diam. Menunggu Ji Hoon menghabiskan ceritanya.

         “ Masa mula-mula aku jumpa dia, aku dah jatuh cinta. Jatuh cinta pandangan pertama. Mungkin kau rasa pelik, tapi aku betul-betul rasa... gembira bila jumpa dia. Sekarang ni, dia masih tidak mahu bercakap walau dengan keluarganya sendiri.”

         “ Habis tu? Kau rasa kau dah tak cintakan dia sebab kekurangan dia?”

         Ji Hoon senyap.

         “ Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau akan tetap cintakan dia dan terima kekurangan yang dia ada. Bukan semua orang sempurna. Dia tahu yang kau cintakan dia?”

         Ji Hoon menggeleng.

         “ Kau cuba dekati dia dan luangkan masa dengan dia. Manalah tau dia boleh terima kau. Dan aku percaya yang kau nak dia bercakap semula dan lupakan kisah lalu, kan?”

         “ Macam mana kau tau?”

         Zachary tersengih. Dia menuju ke kaunter dan berdiri di hadapan gambar yang digantung di belakang kaunter. Gambar seorang wanita Inggeris yang jelita. Ji Hoon sentiasa melihat gambar itu, tetapi dia sentiasa tidak sempat untuk bertanya tentang gambar itu kepada Zachary.

         “ Aku pernah melaluinya sendiri.” Gambar wanita itu direnung lama.

         “ Aku pernah punya isteri. Namanya Julie. Kami kahwin dan hidup bahagia. Malangnya, penyakit saraf menyerang dia dan mengakibatkan dia lumpuh. Masa dia lumpuh, barulah aku sedar aku betul-betul cintakan dia. Aku tak sanggup tengok dia menderita sebab lumpuh, tetapi dia tetap senyum. Dia tak pernah tunjuk kesedihan yang dia alami,” kata Zachary lagi. Dia ketawa kecil. Namun Ji Hoon dapat menangkap rasa sedih dalam ketawanya.

         “ Dia kat mana sekarang?” Ji Hoon langsung tidak mengetahui bahawa Zachary pernah berkahwin. Malah, wanita yang dikatakan juga tidak pernah dilihatnya.

         “ Dah meninggal. Penyakit tu menyerang di bahagian otak. Julie koma, kemudian... doktor sahkan dia dah meninggal. Dia masih muda ketika tu. Baru je sambut hari lahirnya yang ke 28.”

         “ Meninggal?” Soalnya tidak percaya. Dah meninggal?

         Zachary mengangguk. “ Lepas kematian dia, aku berhijrah ke sini. Lebih kurang… hampir tiga tahun aku tinggal di sini. Aku tak sanggup tinggal dalam rumah yang menyimpan kenangan aku dan dia. Semuanya pahit untuk dikenang bila realiti bahawa dia dah meninggal dunia tidak dapat aku elakkan. Sebab itulah aku buka kafe. Impian Julie semasa dia masih hidup adalah membuka kafe. Aku nak laksanakan impian dia. Mungkin inilah perkara terakhir yang boleh aku lakukan untuk dia selain daripada mengingati dia untuk selamanya.”

         Ji Hoon mengangguk perlahan. Faham dengan kesedihan yang dialami Zachary walau dia tidak pernah mengalami situasi demikian. Tentu sukar bagi Zachary untuk menghadapinya.

         “ Jadi…” Suara garau Zachary menyedarkan Ji Hoon daripada lamunannya.

         “ Apa yang kau nak buat berkenaan dengan gadis tu?”

         Ji Hoon termenung seketika. Dia menebar pandang ke serata kafe. Matanya tertumpu pada bahagian yang menyajikan roti dan pastri. Tart telur yang masih panas itu menarik perhatiannya.

         “ Tolong bungkuskan tart telur tu enam biji.” Ji Hoon terus menghabiskan kopinya. Dia mencapai jaket yang diletak di atas meja dan mengeluarkan dompet. Dia menuju ke kaunter. Wang diletakkan di atas kaunter.

         “ Kenapa pulak dengan kau ni? Tiba-tiba je berubah?” Zachary hairan. Tiba-tiba sahaja lelaki muda itu meminta tart telur.

         “ Aku nak pergi rumah dia.”

         Zachary yang pada mulanya tersengih, tidak dapat membendung ketawanya. Dia segera mencapai kotak pastri dan memuatkan setengah dozen tart telur. Kotak putih itu diserahkan kepada Ji Hoon.

         “ Semoga kau berjaya dalam percintaan kau. Jangan cepat mengalah,” nasihat Zachary dengan tawa yang masih bersisa. Ji Hoon tersengih. Dia mencapai roti bakar bermenteganya lalu disuap ke dalam mulut sebelum keluar dari kafe itu. Zachary masih lagi ketawa.


EUN HEE duduk berseorangan di halaman rumah pak ciknya. Dia berdiri menghadap kolam ikan peliharaan Ryu Min. Saat-saat begini, dia akan terkenangkan peristiwa pahit lalu. Peristiwa yang meragut warna-warna ceria dalam hidupnya.


         “ Eun Hee, lari! Lari cepat! Jangan pedulikan mama dan papa!” Sejurus laungan itu, mata pisau menusuk perut Encik Song. Darah merah melimpahi lantai. Mata Eun Hee terbeliak.

         “ Papa! Mama!” Air mata Eun Hee mengalir deras. Dia terbatuk berulang kali. Asap api sudah mula meresap ke dalam kerongkongnya. Mamanya sudah terbujur kaku di sisi papanya. Lelaki bertopeng itu mengalih pandangan pada dirinya. Eun Hee kaku di tempatnya. Tubuhnya menggigil teruk.

         Lelaki bertopeng itu berjalan mendekati Eun Hee. Eun Hee mahu menjerit meminta tolong, tetapi suaranya tidak keluar. Eun Hee menelan liur. Pisau tajam yang dipegang lelaki bertopeng itu tambah menakutkan dia. Dia mengesot ke belakang. Peluh merecik daripada mukanya. Dia benar-benar takut. Lelaki itu mula mengangkat pisau di tangannya. Darah yang berlumuran pada pisau itu menitik atas lantai.

         “ Ahh!!!”

         Lelaki itu menjerit kesakitan. Pisau yang berada di tangannya terjatuh ke lantai.  Dia memandang ke bawah. Encik Song sedang memegang erat kakinya dan menggigit kaki lelaki itu sekuat hati. Menghalang lelaki bertopeng itu mencederakan anaknya.

         “ Lari cepat! Cepat, Eun Hee!”

         Lelaki bertopeng itu menyepak lelaki itu ke tepi tanpa belas kasihan. Jeritan Encik Song kedengaran lagi. Walaupun berada dalam keadaan lemah, tangannya sempat mencapai pisau yang tergeletak di atas lantai itu. Pisau itu dicapai dan...

         “ Ahhh!!! Tak guna kau!”

         Lelaki itu mencabut pisau yang dibenamkan pada betisnya. Kemarahan dia semakin menguasai diri. Pisau itu dipegang erat. Mata pisau sekali lagi dibenamkan pada tubuh yang sudah longlai itu. Encik Song menjerit kesakitan. Jeritannya mendominasi ruang rumah dua tingkat itu. Eun Hee tergamam.

         “ Papa!!!” Eun Hee mendekati bapanya. Encik Song sudah tidak bernyawa lagi. Tubuh itu dipeluk erat. Dia langsung tidak menyedari lelaki bertopeng itu berada di belakang. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, mata pisau sudah ditujukan padanya. Suaranya sudah tidak keluar untuk menjerit lagi.

         Tiba-tiba, lelaki itu berhenti. Suara riuh rendah orang ramai dari luar rumah memaksa dia berhenti. Lelaki itu mendengus. Tanpa mengapa-apakan Eun Hee, dia segera keluar dari rumah itu. Eun Hee sudah semakin lemah. Tubuhnya keletihan. Matanya mula terpejam rapat...


         “ Kak Eun Hee!!!”

         Eun Hee tersentak daripada lamunannya. Bayangan silam mula menjauh daripada dirinya. Ryu Min muncul di sisi sambil tersenyum lebar.

         “ Abang Ji Hoon datang,” kata kanak-kanak itu. Eun Hee bangun daripada kerusi dan beralih ke belakang. Ji Hoon sudah tercegat di hadapannya sambil mengukir senyum. Kotak pastri berwarna putih berada di tangan lelaki itu.

         “ Saya datang melawat Ryu Min. Tak sangka dia dah sembuh,” kata Ji Hoon. Eun Hee mengangguk tanda faham. Terkejut juga dengan kedatangan Ji Hoon secara tiba-tiba ini.

         “ Saya bawa tart. Marilah makan sama-sama,” kata Ji Hoon lagi. Ryu Min sudah memegang tangan Eun Hee.

         “ Marilah, Kak Eun Hee! Ryu Min pun dah lapar ni,” rengek Ryu Min. Perutnya digosok-gosok. Dia mengeyit mata pada Ji Hoon. Ji Hoon ketawa kecil.

         Mereka bertiga duduk bersama di kerusi taman yang tersedia di rumah itu. Kotak itu dibuka. Bau harum tart telur menusuk hidung mereka. Ji Hoon menghulurkan tart itu pada Ryu Min. Ryu Min menyambutnya dengan senang hati.

         “ Awak nak ke mana?” tanya Ji Hoon sebaik sahaja melihat Eun Hee bangun. Eun Hee tersenyum sambil jarinya mengunjuk ke arah rumah. 

         “ Kak Eun Hee nak buat air,” kata Ryu Min dengan mulut yang penuh dengan tart. Comot mulutnya dengan pastri itu.

         “ Oh! Emm… awak nak saya tolong ke?” Ji Hoon menawarkan bantuan.

         Eun Hee mengeleng sekaligus menolak bantuan itu. Dia berjalan masuk ke dalam rumah terus ke dapur. Mata Ji Hoon tidak lekang daripada lenggok gadis itu. Tanpa dia sedari, dia tersenyum sendirian.

         “ Abang Ji Hoon suka Kak Eun Hee ke?”

         Pertanyaan Ryu Min secara tiba-tiba mengejutkan Ji Hoon. Dia mengalih pandang pada kanak-kanak itu. Ryu Min sudah tersengih-sengih.

         “ Tak adalah. Jangan nak mengarut!” nafi Ji Hoon. Dia segera menoleh ke arah lain. Hatinya mula resah. Ryu Min ketawa.

         “ Pipi dah merah!” sorak Ryu Min. Ji Hoon bertambah resah. Tidak senang duduk dia dibuatnya dek kanak-kanak itu. Gelak Ryu Min semakin menjadi-jadi.

         “ Tak payah nak soroklah. Ryu Min nampak yang abang sukakan Kak Eun Hee.”

         “ Err… nampak sangat ke?” tanyanya ragu-ragu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ryu Min menekup mulut menahan ketawa. Bahaya kalau Kak Eun Hee dengar. Boleh pecah rahsia!

         “ Nampak sangat. Kalau Abang Ji Hoon suka pun, apa salahnya? Kak Eun Hee tu pun bukannya kekasih orang,” kata Ryu Min.

         “ Ye ke?” Ji Hoon tersengih malu. Dia menggosok kepala Ryu Min.

         “ Kak Eun Hee tak pernah bercintalah!”

         Ji Hoon ketawa.  

         “ Jangan beritahu Kak Eun Hee pulak. Malu abang,” pesan Ji Hoon. Ryu Min mengangguk.

         “ Abang Ji Hoon nak Ryu Min tolong tak?”

         “ Tolong apa?”

         “ Tolong abang kenal Kak Eun Hee dengan lebih rapat lagi?” kata Ryu Min sambil menyeringai.

         “ Boleh ke abang percaya Ryu Min?” usik Ji Hoon.

         “ Tak nak sudah!” marah Ryu Min. Orang nak tolong betul-betul ni tak nak pulak!

         Ji Hoon menarik Ryu Min dekat dengannya. Pipi Ryu Min dicubit. Pantas Ryu Min menepis tangan Ji Hoon yang sudah bertindak seperti sepit ketam itu. “ Nak merajuk pulak. Abang gurau jelah. Betul ke boleh tolong abang ni?”

         “ Betul!” kata Ryu Min dengan bersungguh-sungguh. Ji Hoon ketawa.

         “ Mari sini, janji dengan abang....” Tangan Ryu Min ditarik. Tapak tangan Ji Hoon bertemu dengan tapak tangan Ryu Min yang kecil, “ …yang Ryu Min tak akan bocorkan rahsia ni. Okey?”

         “ Okey!”

         Bunyi ranting dipijak mengejutkan mereka berdua. Ji Hoon dan Ryu Min sama-sama menoleh ke arah bunyi itu. Eun Hee sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua dengan sedulang minuman. Ji Hoon mula panik. Eun Hee dah terdengar ke perbualan mereka berdua? Namun, riak wajah gadis itu tidak mengambarkan apa-apa.

         “ Kak Eun Hee tak dengar apa yang kita cakapkan tadi,” bisik Ryu Min perlahan di telinga Ji Hoon. Ji Hoon ketawa cemas. Nasibnya baik.

         Eun Hee kelihatan kehairanan. Ryu Min dan Ji Hoon sama-sama tersenyum penuh rahsia. Mereka berdua menghabiskan pagi itu dengan baik. Terselit juga dalam hatinya, mahu mendengar Eun Hee berkata-kata namun dia tahu itu semua mustahil. Eun Hee masih perlukan masa untuk sembuh dan... mungkin juga dia perlukan seseorang untuk menyembuhkannya?

         “ Datanglah ke rumah abang. Nanti, abang bawa Ryu Min pergi berkelah kat pantai. Okey?”

         Sudah tiba masanya untuk dia pulang ke rumah. Mana tidaknya, hampir dua jam dia berada di situ berbual dengan Ryu Min. Keletah Ryu Min menceriakannya. Ryu Min dan Eun Hee menghantar Ji Hoon ke luar rumah mereka. Ketawa Ryu Min masih tidak reda-reda.

         “ Takkan ajak Ryu Min sorang? Tak nak ajak Kak Eun Hee sama ke?” usik kanak-kanak itu. Ji Hoon tersenyum malu.

         “ Awak pun datang samalah. Tak kan Ryu Min kena pergi sorang pulak,” kata Ji Hoon. Eun Hee hanya mengangguk. Ji Hoon menyarung topi dan berjalan menuju ke rumahnya. Ryu Min melambai-lambai.

         “ Abang, jumpa lagi!”

         Ji Hoon membalas lambaian Ryu Min tetapi matanya tetap pada Eun Hee. Wajah gadis itu nampak biasa, seolah-olah tiada peristiwa pahit yang berlaku dalam hidupnya. Tetapi, Ji Hoon perasan. Jauh dalam sudut hatinya tentu gadis itu masih menderita. Mata gadis itu sudah menceritakan segalanya.

1 salam untukku:

kissdababysky said...

Salah eja...
hamper

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs