My Status Now

offline
pliz komen ;D





Sunday, November 15, 2009

Endless Love 1


DOKUMEN yang baru sahaja dibaca diletak kembali di atas meja. Sehelai kertas kosong dicapai, begitu juga dengan sebatang pen. Mata pen menari di atas kertas itu.  Tiada apa-apa yang ditulis mahupun lukisan yang spesifik. Hanya sekadar contengan. Sedang dia asyik melayan perasaan, pintu diketuk dari luar. Tangannya berhenti bergerak. Statik.

         “ Masuk,” suaranya jelas memberi arahan.

         Pintu dibuka. Seorang lelaki tua berpakaian kemas masuk ke dalam pejabat yang dihias indah itu. Sebelah tangannya memegang beberapa buah fail. Dia tunduk hormat sebelum mendekati majikannya.

         “ Dah dapat rumah kat sana?” tanya Ji Hoon terus-terang tanpa berdalih. Fail-fail yang diserahkan dibelek sekilas sebelum perhatiannya kembali tertumpu kepada lelaki tua itu. Pak Cik Nam Gil segera mengangguk.

         “ Sudah. Bila tuan nak berangkat ke Pulau Jeju?”

         Ji Hoon bangkit daripada duduknya dan berjalan di sekitar pejabatnya tanpa menjawab pertanyaan lelaki tua yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya itu. Dia menggaru kepalanya beberapa kali. Fikirannya sedang mencerna sesuatu.  

         “ Saya nak selesaikan urusan syarikat dulu. Mungkin minggu depan. Mak saya tahu ke pasal rancangan ni?” tanya Ji Hoon.

         Pak Cik Nam Gil hanya menggeleng. “ Saya laksanakan mengikut arahan tuan. Tiada siapa yang tahu pasal ni.”
 
         Ji Hoon tersenyum. “ Terima kasih, pak cik.”

         Setelah menunduk hormat, tanpa berlengah-lengah lagi lelaki tua itu keluar dari pejabat pewaris utama rangkaian Royal Imperial Hotel itu. Sudah lebih 40 tahun dia berkhidmat dengan keluarga Park. Sebelum Ji Hoon lahir dan semasa nenek dan datuk Ji Hoon masih hidup.

         Park Ji Hoon. Satu-satunya anak lelaki Park Ki Chul dan Park Da Hae. Dia membesar dalam kemewahan sejak berusia satu hari lagi dan segala kehendaknya dapat dipenuhi tanpa halangan. Namun itu tidak bererti dia membesar sebagai seorang lelaki yang sentiasa bertindak liar. Dia sentiasa mendahulukan orang tuanya dalam segala hal. Tetapi tidak kali ini. Kali ini dia tidak dapat mengikut kehendak orang tuanya lagi.

         Masih dia ingat kata-kata ibunya kali lepas. Ibunya meminta dia mengahwini Lee Chae Rin, anak Encik Lee. Encik Lee merupakan sahabat lama mendiang bapanya dan memiliki dua buah restoran Itali yang terkenal. Ji Hoon sudah lama mengenali Chae Rin. Mereka berdua pernah bergelar pasangan kekasih, tetapi semuanya musnah tidak lama dulu. Angkara Chae Rin.

         Dia akan tinggal di Pulau Jeju buat sementara waktu ini. Menenangkan fikirannya, dan mungkin... mencari cinta di sana? Tiada siapa yang tahu. Jika jodohnya ada di sana, dia akan menerima. Dia tidak akan memaafkan perbuatan Chae Rin. Sampai bila-bila. Dan Chae Rin bukanlah gadis yang akan dikahwininya. Tidak akan sekali-kali.

         Ji Hoon percaya, ibunya tidak akan memaksa dia untuk berkahwin dengan perempuan yang pernah curang dengan dirinya. Tetapi, buat masa sekarang lebih baik dia menyepikan diri dahulu buat seketika. Lebih-lebih lagi, perkahwinan itu bukannya atas permintaan Encik Lee sendiri. Ibunya yang terlebih dahulu merancang.

         Dia melempar pandangan ke luar tingkap. Langit kelihatan sungguh tenang hari ini. Dia mengukir senyum. Masa untuk berangkat ke Pulau Jeju hampir tiba. Selamat tinggal, Seoul.

8 salam untukku:

~Siti Fatimah~ said...

Emm..jalan citer permulaan yg menarik..eh..pulau jeju??dah mcm citer My Girl la pulak hehe..anyway gud lUck!!! ;)

kissdababysky said...

Oke, I see ur first post. I'm just wait n see

Sharinginfoz said...

teruskan bercerita... jadikan hobi yang menarik

Buffered Earnings

Unknown said...

hehe :D
thanks a lot
dah hobi ^o^

Nur Farah said...

mcm mana akak wat cite??
nk test wat gk..
best lh cite yg akak wat. pnjang akal akak..

Unknown said...

nur farah> akak nk cakap pun x reti.. camnilah, apa kata farah cuba cari mana2 idea ntuk citer farah n' elaborate citer tu.. farah boleh cari pnduan kat mana2 novel sbgai lngkah awal. :)

Nur Farah said...

ooo.. thanks kak.. sebenarnya farah tgh testing nk wat cerita ni.. hehehe

Nur Farah said...
This comment has been removed by the author.

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs