My Status Now

offline
pliz komen ;D





Thursday, December 17, 2009

Endless Love 6


GELAS berkaki tinggi itu diletakkan di atas meja. Hyun Min menuangkan sebotol wain merah dan menyua gelas itu pada gadis di hadapannya. Chae Rin menyambutnya dengan senyuman. Dia meneguk wain itu perlahan-lahan.

         “ Macam mana lepas kau balik ke Korea? Ada apa-apa yang berlaku tak?” tanya Hyun Min. Chae Rin tersenyum sinis.

         “ Macam biasalah. Kenapa kau tanya? Bukan ke kita dah berpisah lepas aku pulang ke Korea?” tanya Chae Rin balik.

         “ Kita masih boleh berhubung, kan?”

         Chae Rin mengangguk.

         “ Bukan ke kita dah sama-sama setuju. Kalau dah rasa puas bersama dan nak berpisah, jangan pendam lama-lama. Cakap je kalau nak berpisah.”

         “ Betul.”

         Gelas itu diletakkan di atas meja. Wajah Hyun Min dipandang. “ Apa yang kau nak tanya aku?”

         Kakinya disilangkan. Terserlah pahanya yang putih. Skirt hitam sendat itu dipakai dengan top putih tanpa lengan. Jaket kulit berjenama pula disangkut di bahu. Chae Rin memang tidak akan lari daripada penampilan seksinya itu.

         Hyun Min duduk menengadah siling. Dia memikirkan sesuatu sebelum berbicara.

         “ Aku dengar bekas kekasih yang kau kejar semula tu lari. Kau tak tau dia ke mana?”

         Chae Rin menggeleng. “ Hampir seminggu Ji Hoon hilang tanpa dikesan. Aku dah cuba tanya pembantu dia, tapi pembantu dia sendiri tak tau dia ke mana.”

         “ Habis tu, macam mana dengan perancangan perkahwinan korang berdua kalau pengantin lelaki lari? Batal ke?” tanya Hyun Min lagi dengan nada mengusik. Dia mengeyit nakal.

         Chae Rin mendengus. Tidak senang hati dengan kata-kata Hyun Min. “ Aku takkan biarkan macam tu je. Majlis perkahwinan kami akan tetap berjalan!” katanya tegas.

         Wain merah dituang lagi. Hyun Min meneguk minuman itu perlahan-lahan. Menikmati rasanya. Perhatian dia kembali pada Chae Rin sebelum dia mengerling pada jam di dinding.

         “ Sekarang baru pukul 11.00 malam. Apa kata kita ke pub? Aku belanja malam ni? Kita cerita kat sana. Aku nak tau jugak kisah lelaki tu,” ajak Hyun Min.

         “ Malaslah! Aku letih hari ni. Kalau bukan sebab kau yang ajak aku ke rumah kau malam ni memang sah aku tak keluar ke mana-mana.” Chae Rin menutup mulutnya yang terkuap. Hyun Min mengangkat sebelah keningnya.

         “ Letih? Kau buat apa siang tadi sampai letih macam ni?” tanyanya hairan. Chae Rin masih lagi tidak bekerja dan kalau ada pun, kerjanya hanyalah berjalan-jalan ke sana sini. Tetapi, Hyun Min dapat menangkap kenapa gadis itu letih.

         “ Aku pergi membeli-belah tadi. Banyak baju yang perlu diganti,” jawab Chae Rin.

         Hyun Min menarik senyum. Benar sangkaannya. Perangai Chae Rin yang satu ini tidak ubah-ubah. Sanggup berjalan lama semata-mata untuk membeli-belah. Tipikal gadis kayakah?

         Chae Rin melihat jam di dinding. Lantas dia mengambil tas tangan dan jaketnya sebelum bangun.

         “ Aku nak balik. Dah lebih 12 malam ni.”

         “ Kau tak nak tidur sini ke?” tanya Hyun Min. Matanya menatap wajah cantik itu. Chae Rin menggeleng tanpa suara.   

         “ Tak nak aku. Baik aku tidur kat rumah,” kata Chae Rin.

         “ Malam esok kita ke pub, nak?” cadang Hyun Min. Dia menemani Chae Rin turun dari biliknya menuju ke ruang parkir kereta. Chae Rin mengangguk.


         “ Tak ada masalah. Jumpa kat pub biasa pukul 10 malam?”

         Hyun Min mengangguk.

         Chae Rin dan Hyun Min bukan lagi pasangan kekasih, tetapi itu tidak menghalang mereka berdua keluar bersama-sama seperti dulu lagi. Hyun Min juga mempunyai ramai teman wanita. Chae Rin pula sentiasa dimanjakan ibu bapanya dan membesar sebagai seorang gadis yang terlampau sosial. Sering kali juga gadis itu tidur di rumah Hyun Min. Kebetulan, Hyun Min tinggal berasingan dengan keluarganya.

         “ Kau tidur rumah akulah malam ni. Aku pun sorang-sorang je kat rumah,” pelawa Hyun Min sekali lagi. Dia menolong gadis itu membuka pintu kereta.

         Chae Rin tetap menggeleng. Dia menghadiahkan ciuman di pipi Hyun Min. Hyun Min membalas ciuman itu dengan pelukan buat gadis itu. Pintu kereta ditutup. Tingkap kereta diturunkan sedikit. Chae Rin melambai pada Hyun Min.

         “ Jumpa esok.”

         Hyun Min mengangguk. Dia membalas lambaian Chae Rin. Kereta mewah itu meluncur keluar dari perkarangan rumah Hyun Min. Hyun Min kekal di situ sehinggalah kereta itu hilang daripada pandangannya.        


JI HOON bergegas turun dari tingkat dua rumahnya. Dia masih lagi mengesat rambutnya yang basah. Seawal enam pagi lagi dia sudah bangun dan terus mandi. Sewaktu dia masih berada di dalam biliknya, bunyi loceng pintu ditekan berkumandang dalam rumahnya. Malah bunyi itu kedengaran berulang kali.

         “ Sekejap!” laung Ji Hoon apabila bunyi loceng itu kedengaran lagi.
        
         Dia memulas tombol pintu rumah. Ji Hoon baru sahaja hendak bersuara sebelum itu sudah terkedu. Apa yang dilihatnya langsung tidak dapat dipercayai. Dia menggosok matanya berulang kali. Eun Hee sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya!

         “ Oh, Eun Hee. Ke… kenapa datang awal pagi ni?” tanya Ji Hoon gugup. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia mudah gugup apabila berdepan dengan Eun Hee. Mintanya dalam hati janganlah dia melakukan perkara yang bukan-bukan. Hish!

         Eun Hee tunduk meminta maaf sebelum menghulurkan sekeping kertas dan sebuah bekas plastik kecil. Bekas itu diambil dan dia membaca apa yang ditulis pada kertas itu. Bibirnya menarik senyum.

         “ Awak ke sini nak hantar kuih ni ke? Kenapa awal sangat?” tanya Ji Hoon. Dia membuka penutup plastik itu dan melihat isi dalamnya. Dia ketawa kecil. Wajah Eun Hee dipandang lagi.

         “ Tart telur jugak? Awak yang buat ke?” tanya Ji Hoon. Di teringatkan semasa dia melawat Ryu Min tempoh hari. Tart telur juga yang dibawanya.

         Eun Hee mengangguk. Ji Hoon mempersilakan gadis itu masuk. Eun Hee hanya menurut sahaja. Gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah besar itu. Terdetik perasaan kagum dalam hati gadis itu. Perhiasan dalam rumah itu memang cantik.

         “ Err… Ryu Min tak datang sama ke?” tanya Ji Hoon lagi. Sekadar mahu menghalau sunyi dari menjengah. Eun Hee menggeleng.

         “ Mari kita ke dapur. Saya buatkan air untuk awak, okey tak?”

         Pantas Eun Hee menggeleng. Ji Hoon menjuih bibir. Berpura-pura merajuk. Tetapi tidak lama. Sesaat kemudian senyumannya kembali terukir. Tanpa mempedulikan gelengan itu, Ji Hoon menarik tangan Eun Hee menuju ke dapur.

         “ Marilah. Dahlah awak datang awal pagi, saya tak jamu awak apa-apa pulak. Saya bukannya tuan rumah yang tak baik tau?” gurau Ji Hoon. Botol kaca yang berisi serbuk kopi diambil bersama dua mug. Eun Hee tersenyum dengan gurauan itu.

         Bekas plastik itu dibuka. Eun Hee beralih ke tepi sinki yang menempatkan pinggan mangkuk. Pinggan kaca dicapai dan diletakkan di atas meja. Tart itu dikeluarkan dan disusun di atas pinggan. Tekun dia melakukan kerjanya sebelum suara Ji Hoon menyapa telinganya.

         “ Awak tak perlu buat macam tu. Saya yang patut layan awak sebab awak tetamu saya,” larang Ji Hoon sebaik sahaja melihat apa yang dilakukan oleh Eun Hee. Eun Hee tetap meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan larangan Ji Hoon.

         “ Eun Hee!” panggil Ji Hoon lagi. Ketika dia ingin berpaling ke belakang, tanpa dia sedari tangan kirinya terlanggar mug yang panas itu. Kopi panas itu tercurah atas tangannya. Ji Hoon mengaduh kesakitan. Haba panas menyakitkan tangannya. Mug itu terjatuh ke lantai dan berderai.

         Eun Hee terkejut. Dia menarik Ji Hoon duduk di meja. Muka Ji Hoon masih berkerut menahan sakit. Tangannya mula merah. Eun Hee membuka pintu peti sejuk dan mencari sesuatu. Lama matanya meliar dalam peti sejuk itu sebelum apa yang dicarinya dijumpai. Tiada. Tetapi ada yang boleh menggantikan apa yang dicari. Sebotol madu asli yang diletakkan di dalam peti sejuk dikeluarkan.

         “ Awak nak buat apa dengan madu tu?” tanya Ji Hoon walaupun dia tahu Eun Hee tidak akan bersuara.

         Penutup botol itu dibuka. Eun Hee mencurah madu asli itu pada belakang tangan Ji Hoon yang melecur. Madu itu diratakan perlahan-lahan. Ji Hoon terkedu. Lembut tangan Eun Hee mengusap tangannya membuatkan dia bertambah gugup. Eun Hee meneruskan kerjanya sebelum menutup kembali botol madu asli itu.

         Eun Hee membasuh tangannya di sinki sebelum beralih untuk mengutip kaca mug yang terjatuh tadi. Kaca-kaca itu diletakkan dalam helaian surat khabar lama sebelum diletakkan dalam beg plastik. Beg plastik itu dibuang ke dalam tong sampah. Ji Hoon hanya memerhati gadis itu tanpa berkata-kata. Gadis itu ke kaunter pula. Mug lain dicapai dan serbuk kopi dimasukkan. Selepas beberapa ketika, mug berisi kopi buatannya dihidangkan di hadapan Ji Hoon.

         “ Terima kasih,” ucap Ji Hoon sebelum menghirup kopi itu. Eun Hee tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket sweater berzipnya. Sekeping kertas dan sebatang pen. Dia menulis sesuatu sebelum menyerahkannya pada Ji Hoon.


Maaf. Saya minta maaf banyak-banyak. Awak cedera sebab saya tak dengar arahan awak.


         “ Tak ada apa-apalah. Salah saya jugak sebab tak hati-hati,” kata Ji Hoon. Kertas itu diletak di atas meja. Eun Hee mengambil sekeping kertas lagi dan menulis sesuatu.


Awak biarkan dulu madu tu. Lepas 15 minit, awak dah boleh basuh. Lakukan balik pada tengah hari, petang dan malam. Lambat laun kesan lecur tu akan hilang.


         “ Saya akan ingat pesanan awak,” gurau Ji Hoon sambil mengangkat nota itu. Eun Hee tersenyum sekali lagi. Dia meletakkan pinggan berisi tart telur itu di hadapan Ji Hoon. Ji Hoon mengambil satu tart itu dan mengunyah perlahan-lahan. Keningnya terangkat sedikit.

         “ Sedap. Pandai awak buat,” puji Ji Hoon. Dia menghabiskan tart itu sebelum mengambilnya lagi. Pujiannya benar-benar ikhlas. Tart telur buatan Eun Hee memang sedap. Lebih sedap daripada tart telur di kafe Zachary. Nampaknya, Zachary kena belajar dengan Eun Hee cara-cara nak buat tart telur ni. Maaf, Zack...

         “ Awak tak nak makan sama ke?” tanya Ji Hoon semasa dia menghabiskan tart yang ketiga. Tart telur sudah bertukar menjadi makanan kegemarannya pula. Semuanya disebabkan Eun Hee yang membuatnya. Angau!

         Eun Hee menggeleng. Dia melihat pada jam tangannya. Sudah hampir setengah jam dia berada di sini. Dia bangun dari duduknya sebelum memberi tunduk hormat. Ji Hoon turut bangun.

         “ Awak dah nak balik ke?” tanyanya. Eun Hee mengangguk.

         “ Mari saya hantar awak ke hadapan,” kata Ji Hoon lagi. Dia dan Eun Hee beriringan ke luar rumah. Sampai sahaja di muka pintu, Eun Hee menyerahkan sekeping lagi kertas. Masa bila dia menulisnya, tidak pula Ji Hoon perasan.


Terima kasih sebab tolong Ryu Min tempoh hari.


         “ Sama-sama. Emm… tolong kirim salam pada Ryu Min dan Pak Cik Dam Shik ye?” pinta Ji Hoon. Eun Hee mengangguk. Dia menuruni tangga hadapan rumah Ji Hoon dan keluar dari perkarangan rumah itu. Ji Hoon senyum dalam hati. Langsung dia tidak menyangka bahawa gadis idaman hati akan muncul di hadapan pintu rumahnya awal pagi lagi.

         “ Nampaknya…” katanya sendirian sebaik sahaja pintu rumah ditutup, “… tak pergi ke kafe Zacklah hari ni. Aku pergi joging jelah.”

         Ji Hoon kembali ke dapur. Tart yang dibawa Eun Hee masih lagi berbaki. Semasa dia ingin mengambil susu segar di dalam peti sejuk, dia mengerling pada tangan kirinya yang masih lagi disaluti madu. Selepas itu, dia mengalih fokus pada meja makan pula. Kertas-kertas tulisan Eun Hee masih terletak elok di situ. Sesuatu terlintas dalam mindanya.


“ KAU tak laksanakan lagi tugas kau?” keras dia bertanya. Lelaki bersut hitam di hadapannya hanya menggeleng. Dia merengus kuat. Meja di hadapannya menjadi mangsa hentaman tapak tangannya.

         “ Kenapalah kau ni lembap sangat? Seingat aku, kau kata kerja ni senang je nak dibereskan!” marah lelaki itu lagi.

       Lelaki bersut hitam itu kelihatan resah. “ Bukannya aku tak boleh nak lakukannya, tapi kau kena fikir. Sekarang ni mangsa kau tu tak ada kat sini. Macam mana kau nak pastikan dia dituduh melakukan perkara tu?”

         “ Kalau macam tu, kau carilah dia! Bodoh!”

         Lelaki bersut hitam itu hanya diam. Kalau dia menjawab lagi, mahu dibuang kerja dia. Dahlah kerja yang dia lakukan ini bukannya senang untuk didapati. Kalau masuk lubang yang betul, dapatlah kerja untuknya. Kalau tak, tiadalah.

         Lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada poket kotnya. Benda itu diserahkan kepada lelaki bersut hitam itu.

         “ Yang tu senarai harta benda yang dia ada. Pandai-pandailah kau cari dia kat celah mana. Macam mana kau buat, aku tak nak tau. Aku nak kau pastikan dia masuk dalam perangkap ni, faham?” katanya tegas. Hampir sahaja hujung telunjuk jarinya mengenai mata lelaki bersut hitam itu. Lelaki bersut hitam itu mengangguk.

         “ Bukan senang nak buat kerja cari orang ni. Mana duitnya?” Kertas yang dihulurkan disimpan elok di dalam poket jaket. Wajah lelaki berpakaian kemas itu direnung tajam. Lelaki itu mendengus.

         “ Tu jelah yang kau tau! Duit, duit, duit! Kerjanya bukan nak buat sungguh-sungguh,“ marah lelaki itu. Lelaki bersut hitam tidak menunjukkan riak apa-apa.

         “ Aku akan masukkan duit dalam akaun kau petang nanti. Pastikan kau buat betul-betul. Aku nak tau kat mana dia berada sekarang,“ kata lelaki itu. Dia berjalan ke pintu. Tombol pintu dipulas. Sebelum dia keluar dia menoleh kembali ke arah lelaki bersut hitam itu.

         “ Tae Hwan! Ingat apa yang aku cakap. Lakukan apa sahaja untuk cari dia. Aku tak nak dengar apa-apa alasan lagi,” katanya. Lelaki bersut hitam yang dikenali sebagai Tae Hwan itu mengangguk. Lelaki itu keluar dari bilik.

         “ Baiklah, tuan,” katanya sambil menyeringai.

14 salam untukku:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Best..Moon suka :)

~Siti Fatimah~ said...

memang best..mgg pOn suke..de unsur2 suspen..cpat2 smbung ek.. ;)

Unknown said...

matsu jun ke tu??? :)

Unknown said...

to cik EPAL> haah. yg tu mastu jun. minat dia ke? hana x minat, sorang fren hana ni minat giler. hana dah chop u-know yunho^_^

Unknown said...

best gak cte ni... wlpn panjang x rugi baca.... eh! patut la sy x brapa phm rupanye dh episod 6? hehehe

Unknown said...

tq korang. hana hargai ; )

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

serius... bulan suka kat mamat yang atas tu.. dlam cite gokusen... salam perkenalan

Unknown said...

bila nk sambung ep 7 lak?

Hana Kimi said...

sabar2. hana akn post n3 baru nnti. hana hepi korang suka^_^

Unknown said...

to bulan> salam perkenalan. hana x minat matsujun, lenla kwn hana

Unknown said...

mne dpt idea wat cte ni? mmg hebat la!!! truskan berkarya lagi jgn berhenti tau... :-D

Unknown said...

to nick> mgkin sbb byk pgaruh dr citer korea/jepun x?~

kissdababysky said...

Part yg last sekali episod 6 tue prbualan hyun min ngan sekutu dier ker?

Dier sruh carik Joo Min ker?

I just guess it

kissdababysky said...

Satu salah eja...
platik

Endless Love Theme Song With Subs

Endless Love

Endless Love
Park Ji Hoon + Song Eun Hee

Endless Love

Endless Love
Silent love opens my heart

Fave Blogs